Penat.
Aku tahu dia penat.
Lihat saja wajahnya.
Lelah.
Semalam saja dalam
tangisnya dia menadah,
Katanya,
Tuhan, jalan ini
tolong bagi mudah,
Kerana dia hampir
putus asa.
Rebah.
Bila-bila masa dia
boleh rebah,
Tapi dia memilih untuk
gagah.
Kecewa,
Dia memang pernah
kecewa,
Dia pernah luka,
Dia pernah merasa
lara.
Dia mahu sang
pendusta mengubat lukanya,
Dia mahu sang
petualang merawat laranya,
Dia mahu kepingan
hatinya yang hancur disatukan,
Menjadi sekeping
hati yang sempurna punya rasa.
Tapi dia tahu,
Itu tugas Tuhan
semata,
Maka segala lara,
segala duka kecewanya,
Semuanya dihamburkan
pada Tuhannya.
Kerana dia tahu
penat, lelah, kecewa dan lukanya,
Penawarnya cuma Dia.
Lalu,
Dia terus bertahan
agar tidak rebah,
Dia memilih untuk
terus tabah,
Hatinya kini milik
ALLAH semata.
NoorVictory,
Ramadhan 8, 1433H
11:32 pm.

9 comments:
Hanya Dia yg Maha Memahami apa yg ada dalam hati setiap hambaNya. Kan.
saya sangat tersentuh dengan puisi awak hari ni...
t.kasih kerna mengingatkan saya..
membuat saya menjadi kuat dan MEMILIH UNTUK GAGAH..:-)
Kak Dinas : Heee~ betul tuh kak. ALLAH je yang Maha Tahu. :)
Kamilah : Sama-sama kita memilih utk gagah! :D
amazed with ur puisi..sungguh dalam kata-katanya :)
yang tak melalui tak akan tahu rasanya
dan kerana rasa itu, buat kata-kata itu masuk dalam-dalam
jazakillahu khayr
moga sentiasa memilih untuk gagah dan tabah
ismi nurash : Terima kasih. Yang baik itu tentunya datang dari Tuhan semata. :)
p/s: Awak juga harus pilih untuk tetap gagah dan tabah! :)
azzizatul.huda : Terima kasih kerana telah memahami.
Semoga awak pun tetap tabah juga.
Terima kasih untuk segalanya! :)
bait yang indah..
dalam maknanya setiap bait-bait ini.
semoga kita diberi ketabahan, insyaAllah. ada post ni dkat tumblr?
InsyaAllah. Amiin. Amiin. Ada. :)
Nanti saya bg link.
Assalamualaikum maaf untuk entri yang saya publish. Saya ambil dari tumblr dan mohon share. Mohon maaf sangat. saya dah link kan ke blog awak. Terima kasih :)
Post a Comment