Assalamualaikum.
Untuk
kelas pertama nih, aku cuma ajar Literature. Sebagai seorang pelajar, aku
paling tak suka bawak buku banyak-banyak ke sekolah pastu cikgu tu tak guna pun
buku tu. Ngaaaa~ -_- sakit bahu saya cikguuuuu.
Jadinya,
aku dah bagitahu awal-awal hari Selasa untuk literature, Khamis untuk
comprehension, Jumaat untuk Grammar (sebab cuma satu masa). Oleh sebab level
kelas lain-lain, aku kena sedia dua set ABM yang berlainan. Kelas Rasional
level intermediate, kelas Tekun beginner. Eh, aku bukan nak cakap macamana aku
ngajar kelas sebab aku tau ramai lagi cikgu professional yang ada idea yang
lebih bagus (tunjuk ajar ku sifu).
Aku
cuma nak cakap, aku kan cikgu praktikal. Jadinya, aku takde gaji lagi nak beli
barang-barang untuk buat ABM. Kadang-kadang aku belek-belek juga dompet tengok
duit yang makin sikit. Tapi aku selalu sedapkan hati, kalau niat kerana Allah,
niat baik nak tolong orang lain, Allah mesti tolong. Allah mesti akan
permudahkan. Pasti ada ganjaran dari Allah. Kalau tak di dunia, di akhirat
nanti. ;)
Aku
ada jugak meluah dengan kawan baik (yang cakap pasal kerja amal). HAHA. Aku memang suka buat report. Pastu kawan
aku pun balas macam nih.
“sabar… =) setiap kerja ada cabaran n ujian
tersendiri.Awk mungkin dgn student, saya nnt dgn pekerja2 yg tanak ikut rules,
dgn bos yg mcm2 kerenah. tHis is the fact of working environment.
Tp setiap kali awak nak marah student n rasa ilang
sabar, selalu la igt yg kerja awk sbgai guru tu besaaaaa pahalanya.
Menyampaikan ilmu. Amalan n pahala yg berkekalan! sabar awak pahala, senyum dgn
kerenah nakal pelajar tu pahala, setiap ilmu yg awak smpaikan tu pahala, setiap
nasihat berguna yg awk smpaikan dan dieorg amalkan tu pahala! subhanaallah.
hebat kan? setiap kali awk nak marah n ilang sabar, ingat tu ok?
saya igt lagi pesan sorang mendiang cikgu saya.dia
father, kristian. masa sekolah dulu saya sgt nakal. mula2 ambil fizik, saya
fail.saya ponteng, tak masuk kelas. tapi dia panggil saya, dia ajar saya
personally.satu persatu.awak tau dia pesan apa kat saya? “saya nak jadi
pendidik..bukan sekadar guru. sbb pendidik mendidik. guru cuma mengajar.”. =’)
sekarang saya dalam bidang engineering n science.sbb pesan dia, saya terkesan n
belajar sungguh2. Dia meninggal masa saya form 6. Sakit cancer otak.
Selamat mengajar n mendidik, wahai cikgu Noor.=) semoga
Allah mengganjarkan pahala menyampaikan ilmu yg berguna. insyallah.=)”
Ikhlas
Noor! Ikhlas! Terima kasih kawan baik! Semoga Allah permudahkan awak praktikal!
;)

3 comments:
Salam.
Cabaran dalam kerja. Kadang2 penat kan? Nak kena betulkan niat setiap hari.. Sebelum pergi kerja tu memang macam-macam doa baca..
Good Luck, Nona. Tu baru dugaan kecil, dear.Bersedia utk yg lebih besar dengan berhadapan dengan yang kecil ini dengan penuh kesabaran & keikhlasan...Insyaallah, Allah pasti tolong!
CP : Yup, niat kerana Allah. ;)
Kak Ayu : Heeee~ may Allah help you too kak Ayu! <3
Post a Comment