Friday, 27 July 2012

Puisi untuk rama-rama.

Kau hadir macam rama-rama.

Mula-mula, kau macam ulat.
Aku geli, tak mahu datang dekat.

Padahal sebenarnya aku mula jatuh sayang,
Pada lembutnya kulit kau,
Pada lucunya kau mengengsot atas dahan.

Tapi kau mendiam.
Sebab kau sedar, kau cuma ulat.

Lepas itu kau jadi kepompong,
Kau menyepi,
Aku rasa rindunya!
Mana kau pergi?

Aku tunggu, dan tunggu,
Tunggu dan tunggu lagi.
Mana kau pergi?
Datang dan pergi ikut suka hati?

Lepas itu kau datang lagi,
Kali ini berupa rama-rama yang indah,
Berseri-seri!
Aku jadi kagum,
Sangat kagum!

Aku masih terus menyinta,
Tapi sekarang kau dah cantik,
Dah ramai orang puji,
Dah ramai orang puja,
Aku ini mana kau nak pandang.

Dan kau terbang lagi,
Kau menghilang lagi,
Dan aku? 
Rindu lagi!


Puisi untuk rama-rama, bukan untuk siapa-siapa.
NoorVictory
Ramadhan 7, 1433H
And it’s proven! Otak akan lebih cair waktu pagi!

3 comments:

insan marhaen said...

rerama tetap lahir dan mati. allah jua kekal abadi...

ellieandcarl'sstories said...

die juga rerama. terbang mancari dahan lain. tinggal dahan yang dulu banyak berkorban.aghh malas nye nak nangis!! kuattt awak!!

NoorVictory said...

IM : Betul tuh. Dan cinta untuk rama-rama kini beralih arah kepada pencipta rama-rama :)

Ellie (nama awak ke? hehe) : Awak pun. Kuat juga! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...