Akhirnya waktu beri
ruang untuk aku bermain dengan kata. Dalam sela-sela waktu yang ku curi ini, ku
titip warkah bertaip ini untuk mu yang jauh di mata, tapi makin dekat di hati.
Lewat perkenalan
kita. Mulanya, aku ikuti blog mu kerana kata-katanya indah sesuai dengan jiwa
yang tika itu sangat memerlukan dakwah-dakwah halus. Dan isi-isinya juga seakan
kena di hati. Seakan kau dan aku punya jiwa yang sama. (perasan much)
Dan aku tinggalkan
jejak. Haha. Entah, aku memang akan follow tanpa perlu minta di follow back. Sebab
aku suka ikut perkembangan blog yang berunsur dakwah dan tiupan semangat dari
ujian-ujian ALLAH. Mungkin kerana itu aku mendapat teman-teman maya yang kuat,
yang sebelumnya pernah terluka dengan hebat, terbeban dengan ujian yang amat
melelahkan. Tapi aku kagum, kaki mereka tetap kejap bertahan di atas mukim
cinta ALLAH. Malah mereka makin dekat dengan-Nya. Aku rasa sesiapa pun yang
melihat jatuh dan bangun mereka pasti akan merasa kagum dengan kekuatan yang
mereka ada dan masih cukup pula untuk disalurkan kepada orang lain. Kagum, kan?
Dan buat pertama
kalinya kau post tentang cinta. Aku sebenarnya terhiris. Aku tidak suka melihat
sesuatu yang berunsurkan cinta manusia. Mungkin kerana aku sedang menolak rasa
itu jauh ke dalam agar ianya terlindung dengan kasih Tuhan yang tidak bertepi. Mungkin
juga kerana cinta manusia pernah melukakan aku dengan hebatnya. Hingga aku
merasa dunia ini tidak diperlukan lagi. Sungguh benar-benar aku telah terluka. Tapi
kerana cinta manusia itu jugalah aku lahir di atas mukim cinta Tuhan ku ini,
dan kerana cinta itu aku kembali menagih cinta Tuhanku yang semakin ku lupakan
waktu aku asyik meneguk cinta dunia.
Dan lewat kata-kata mu di
akhir entri tentang membina baitul muslim itu tidak mudah, aku masih yakin kita
sehati dan sejiwa. Baitul muslim itu memang menjadi idaman seluruh muslimin dan
muslimat. Tetapi buat aku yang pernah merasakan jauhnya dari ALLAH kerana
terlalu leka mengejar baitul muslim itu, biarlah cita-cita seperti itu
dikebelakangkan dahulu. Kerana aku amat yakin dengan janji Kekasih. Kalau katanya
jadi, maka jadilah. Mungkin kau juga pernah merasakan sesuatu yang sama seperti
aku, jauh dari-Nya, merasa terlalu selesa dengan istidraj. Astaghfirullah!
Sahabat, kau minta
aku selalu mengingatkan mu tentang kasih dan cinta Tuhan. Agar kau tetap lalai
dengn cinta-Nya. Walhal aku ini juga masih bertatih mendidik diri. Cuma, aku
sedang cuba sekuatnya merasa cukup dengan cinta-Nya semata. Kerana hanya
cinta-Nya dan Dia sahaja yang kekal selamanya, kan? Semoga kau tidak jemu
menitipkan bait-bait dakwah untuk sahabat baru mu ini.
Kau juga bertanya
bagaimana aku boleh menemukan blog mu. Sungguh, janji ALLAH itu pasti, kan? Saatkau
tanyakan soalan itu seakan terngiang-ngiang terjemahan surah Muhammad ayat 7. Aku
memang sedang berpegang dengan kata-kata ALLAH yang ini.
“Wahai orang-orang
yang beriman, kalau kamu membela (agama) ALLAH nescaya ALLAH membela kamu
(untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
Benarlah, dalam
mencari redha-Nya, ALLAH tidak akan membiarkan kita keseorangan. Pasti ALLAH
datangkan pembantu. Dan salah seorang pembantu yang ALLAH titipkan untuk aku
adalah kau, sahabat maya ku. Sungguh, aturan ALLAH itu indah, kan? Dan aku
mungkin diciptakan untuk kau. Begitu? ;)
Benar, ujian kita
berbeza, tapi hala tuju kita telah menjadi sama lewat ujian itu. Kan? Dan untuk
itu, terima kasih ALLAH kerana menitipkan ujian untuk kita? ;)
Ouh, aku ada hadiah
untuk kamu lewat warkah ini. Dan aku harap kau suka.
Al-Ahzab ayat 35. ;)
Mungkin ini saja
buat kali ini. Terima kasih telah memulakan salam perkenalan lewat ucapan
bismillah. Semoga kau dan aku tetap kejap bertahan melajukan kaki di medan
dakwah. Bersama terus berpimpin tangan menuju syurga ALLAH.
Amiin. Akhirul
kalam, aku mencintaimu, kerana ALLAH.
p/s: Kita dua wanita
berbeza dengan rasa cinta yang sama. Mencintai tanpa perlu bersua muka dan
berjabat tangan. (dan tanpa perlu berlaga pipi hehe) Indah bukan? Semoga kita
tetap bersahabat. Dan seperti katamu, kalaupun kita tidak ditemukan di dunia
ini, semoga ALLAH jumpakan kita di akhirat-Nya yang kekal abadi.

4 comments:
subhanallah :)
huuu....
semoga ikatan ukhwah di alam maya ini
akan kekal.
T_____________________T
Post a Comment