Budak-budak
memang banyak bertanya, kan? Otak sedang berkembang dengan pesatnya, jangan
disekat, begitu?
Aku
mungkin cikgu yang jarang marah tapi punya muka kelat kurang senyum. Haha. Suatu
hari aku malas nak jerit-jerit aku bawak pelajar-pelajar pegi padang. Masa duduk-duduk
bawah pokok rendang, budak-budak India dan budak Cina tiba-tiba mencetuskan
satu soalan yang aku tetap rasa susah nak jawab. Sebab mereka kan bukan Islam,
jadi agak susah jugak aku nak terangkan berpandukan sebab-sebab musabab yang
terkandung dalam nas-nas al-Quran. Kena rasional, ringkas, padat dan senang
dihadam.
Hari
itu mereka tanya tentang hubungan sejenis. Hari ini mereka tanya pula kenapa
teacher mereka ini bertudung labuh. Aku pun lupa bagaimana boleh tercetus
soalan itu yang pasti soalan itu sudah diajukan dan aku pun mengerah otak untuk
bekerja keras mencari jawapan. Apa ya?
Dan
aku pun cakap, “sebab agama saya suruh. Agama saya suruh tutup sampai bahagian
dada.” (sambil
bagi isyarat tunjuk bahagian-bahagian yang ALLAH suruh tutup) Senyum.
Lepas
tu aku ditembak satu soalan lagi. “habis tu kenapa ada yang tudung tak tutup
dada?”
Sudah!
Mahu saja aku tepuk dahi pura-pura cakap ada nyamuk padahal aku rasa nak cepuk
diri sendiri yang tidak bersedia dengan soalan-soalan on the spot macam ini.
Sudahnya aku senyum untuk sembunyikan gugup. Semoga kerutan di dahi tidak
kelihatan ketika otak ligat mencari jawapan.
Dan
ini jawapan aku, “I want to get closer to my God by doing things He loves the
most. I want Him to love me more.”
Aku
harap jawapan itu memadai. Mungkin anda ada jawapan tambahan? Atau mungkin anda
pernah mendapat soalan yang mengetuk minda dari kanak-kanak yang sedang
meningkat remaja?
p/s:
Aku kena selalu bersedia dengan jawapan logik akal! Esok
lecturer akan datang observe. Thanks to my journal, students dah tahu nama
lecturer. HAHA. Mohon doa ya? ;)

4 comments:
kdg-kdg kite pun tak expect kan soalan dr budak-budak ni.
ade je benda nak tanyaaa..
btw,sy rase awk dah jawab soalan dorang tu dgn tepat sekali! ^_______________^
very good answer... jawapan awak ringkas tp sgt brmakna...
kena sentiasa bersedia dengan jawapan utk soalan yg tak ddijangka ya?
shema : Itu lah, mereka nih suka sangat nak tahu itu dan ini. Hehehe
Cahaya Hidayah : Lama xnampak! ;)
whitecappuccino : Nampak gaya macam itu la kak.. Huhuhu~
Post a Comment