Haha.
Bila tengok orang buat entri banyak tajuk seperti di atas, aku pun mahu cuba.
Jadi aku cuba cerita satu-satu dulu ya?
Ramadhan.
Ramadhan kali ini aku mahu telus. Tidak culas seperti sebelum-sebelum ini.
Tidak mahu sekadar dapat lapar dan dahaga pahalanya hilang ditelan amarah,
keluhan, umpatan, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang mengurangkan markah
puasa. Aku mahu markah penuh! Kalau tidak penuh sekalipun aku mahu dapat hampir
kepada markah penuh. Dan aku akan cuba lagi Ramadhan-Ramadhan seterusnya
(semoga Tuhan bagi aku kesempatan, aku masih banyak dosa, tapi kalau Tuhan mahu
panggil juga aku mohon dengan keadaan aku baik-baik sahaja). Aku mahu hidang
Ramadhan dengan bermacam-macam hidangan. Ikhlas dari aku. Tuhan, bantu hamba
untuk ikhlas.;)
Aku.
Kata kawan ku, “kau dah berubah ke arah yang lebih baik. Untuk itu, aku telah
berhenti membenci dia.” Mungkin. Aku pun sedang berusaha dengan lebih kuat
untuk terus kuat berdepan dengan segalanya. Aku juga mahu jadi wanita kuat yang
punya banyak kekuatan untuk disalurkan kepada orang-orang di sekelilingku. Aku
sudah belajar dari kenangan, dari kesilapan. Memang kenangan dan kesilapan itu
terjadi untuk diambil iktibar darinya, kan? Dan kalau dulu aku puasa sebab
puasa itu wajib di bulan Ramadhan. Kali ini mahu puasa kerana ALLAH, di bulan
Ramadhan. ;)
Rindu.
Memang aku rindu. insyaALLAH rindu ku kali ini disalurkan pada jalan yang
betul. Rindu ku yang melimpah ruah ini insyaALLAH untuk yang berhak. Kalau rindu
pun pada dia, aku cuma akan khabarkan pada Tuhan, sebab cuma ALLAH sahaja lah
yang Maha Memahami hati ku. Selalu. Rindu ku untuk Yang Satu. Untuk keluarga
ku. Juga untuk kamu, sahabat-sahabat dunia akhirat.


2 comments:
selamat berpuasa seindahnya. rindu adalah nikmat!
Amin.. Semoga niat baik NV terlaksana insyaAllah..
Post a Comment