Friday, 6 July 2012

♫ Surangani ♫

Assalamualaikum.

Hari ini aku relief kelas 2 Optimis. Hari tu budak-budak dalam kelas tu gaduh. Pastu aku yang mulanya duduk diam terus ke belakang dengan muka garang (pada pandangan aku muka tergarang aku pernah buat lah. HAHA) aku cakap “Hei, mentang-mentang saya cikgu baru, saya diam, awak nak kurang ajar dengan saya? Tak hormat saya kat depan? Saya dah bagi can awak buat kerja masing-masing awak boleh bertumbuk depan saya? Saya ada dua orang adik lelaki. Dua-dua saya pernah tumbuk!”

Dan budak-budaknya ada yang sengih-sengih. Memang berbulu jugak lah. Aku tengah marah-marah pi sengih-sengih. Tapi sekarang budak-budak tu kalau nampak aku kat mana-mana akan senyum-senyum angkat tangan. Aku bukan marah pun. Aku tinggikan suara je. Kalau tak tinggi suara, takdenya budak-budak tuh nak dengar.

Itu bukan point. Hari ni aku belajar satu lagu dari budak-budak kelas tuh. Lagu Tamil. Ngeeee~

p/s: Budak-budak suka kalau kita minat nak belajar bahasa diorang. Dan aku sangat terharu bila semua budak tengok cikgu diorang nih nyanyi pastu tepuk tangan sebab aku dah hafal rangkap pertama. Isk isk.

Hah, kalau cikgu boleh belajar bahasa korang, korang kena belajar cakap English jugak tau! ;)

Ya Allah, permudahkan lah urusan pelajar-pelajar hamba. Bukakan lah hati mereka menerima ilmu.

3 comments:

Dinas Aldi said...

Salam kenal dik. Akak suka jugak lagu Surangani tu, hehehe..

Bila akak masuk kelas, selain kena jerit suruh "keep quiet", kekadang kena jugak selit "bayer mudek", kehkeh.

NoorVictory said...

Heheheh~ saya pun tengah belajar sket2 bahasa cina dgn tamil. Yang penting2 je la. Haha. Macam suro diam, suro buat kerja.

Saya selalu ckp 'vayyi pottu'. Hhehehehe

~kamilah~ said...

ya, mmg pentig jugak blaja bahasa bdk2 ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...