Wednesday, 23 May 2012

Dengan rasa cinta pada Allah, segalanya jadi indah!



Jangan klik play tau kalau tak berani tengok.

Pada 11 Jun, 1963, Thich Quang Duc, seorang sami Buddha yang berusia 67-tahun dari Vietnam tengah, membakar dirinya di Saigon untuk menarik perhatian kepada dasar-dasar penindasan rejim Diem Katolik yang mengawal kerajaan Vietnam Selatan pada masa itu. Sami-sami Buddha meminta rejim itu untuk memansuhkan larangan mengibarkan bendera Buddha tradisional, untuk memberikan agama Buddha hak yang sama sepertimana agama Katolik, untuk berhenti menyekat penganut agama Buddha dan untuk memberi sami-sami dan biarawati Buddha hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama mereka. Ketika terbakar, beliau tidak bergerak mahupun meraung walau sedikitpun.

Apa yang aku nak ketengahkan bukanlah isu bakar diri sendiri. Tapi dengan adanya sifat bertuhan yang kuat dalam diri, tiada apa yang menyakitkan di dunia ini. Bila semuanya dilakukan kerana Tuhan, semuanya akan terasa tidak sia-sia, mudah dan indah. Kerana segalanya ikhlas kerana Tuhan.

Kenapa aku letak video dan bagi contoh pasal agama Buddha pulak padahal dalam Islam terang-terangan banyak contoh yang boleh diketengahkan? Contohnya, kisah Sumaiyah yang bertahan hingga hujung nyawanya mempertahankan agama Allah dan menolak untuk kembali kafir bahkan dia tahu tuannya, Abu Jahal akan menyulanya dan membunuh tiap satu ahli keluarganya. Contoh yang kedua, Bilal bin Rabbah yang tidak berhenti melaungkan kalimah ‘Allah Yang Esa’ sekalipun jasadnya diseksa dengan tidak berperikemanusian di tengah padang pasir yang panas. Dan lagi, Mus’abbin Umair yang terus berperang walaupun kedua belah tangannya telah terputus? Dan lagi, Abu Bakar as-Siddiq yang melindungi Rasulullah di dalam Gua Thur sehingga menitis air matanya dipatuk ular tapi dia bertahan agar air mata tidak jatuh mengena wajah Rasulullah.

Sekiranya hati kita ikhlas kerana Allah, kita tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan dunia yang fana ini. Kerana kita tahu, ganjaran di akhirat kelak pasti berbaloi atas segala jerih perih kita di dunia ini. Ouh, sebab aku letak video sami tu? Cuma nak tunjuk rasa bertuhan akan buat kita kuat. Kalaulah zaman nabi dan para sahabat dulu ada video recorder, pasti kita akan merasa lebih takjub! 

Wallahu’alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...