Thursday, 10 May 2012

Thank you Miss!


Okey, siang tadi aku buat macro-teaching kat MRSM Trolak, Perak. Entah, aku taktau nak bagi reflection apa kalau lecturer tanya esok. Aku cuma nak jawab aku ngajar aku sungguh-sungguh-sungguh nak budak pandai. Aku sungguh-sungguh-sungguh nak budak faham. Sebab aku rasa, bawak la material sehebat mana, tapi kalau at the end of the lesson budak tak dapat tangkap jugak sia-sia je.

Dear students, mintak maaf sebab korang dapat teacher yang sangat tak pandai nak bawak game masuk dalam kelas. Dia ada pendapat sendiri. Pendapat dia, kalau students pandai mengarang karangan, perlahan-lahan diorang akan dapat kuasai kemahiran menulis, membaca dan mendengar. Dia nak perjuangkan prinsip itu. Sebab itu dia lebih focus pada writing skill.

Jadinya, teacher harap korang semua belajar lah sungguh-sungguh, ya. Teacher akan bawak game jugak dalam kelas. Tapi bukan sekarang. Tunggu bila teacher dah ada duit nak beli semua colourful papers, colourful markers dan macam-macam lagi yang colourful nanti. Teacher cuma harap korang tak anggap English adalah satu subjek yang susah. Takde yang susah kat bumi. Halangan kita adalah diri kita sendiri.

Terima kasih sebab bekerjasama. Serius sangat terharu bila korang semua tak henti-henti cakap thank you miss pastu siap cium tangan.

*Oh terharu!*

p/s: Aku rasa aku dah nak ubah cara penulisan. Pasni aku nak tulis santai-santai je macam blog dulu (yang aku dah matikan serta-merta). Akan buat jugak entri jiwang karat bila mood jiwang menyerang jiwa.

2 comments:

Miss SheiLa said...

miss F...gitewww~

NoorVictory said...

Miss S... S? S? S? HAHAHA ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...