Sejujurnya,
banyak benda baik jadi lepas aku putus cinta. Dan untuk itu, syukur aku
panjatkan pada Allah pencipta sekalian alam.
Sebenarnya,
benda (atau sesuatu) yang baik itu bukannya baru sahaja terjadi, sememangnya ia
ada di situ. Sentiasa wujud. Cuma aku yang baru tersedar dan baru menyedari.
Untuk
kesedaran ini, satu sekehan hinggap di dahi sendiri.
*Hadoi!
Jerawat batu!*
p/s: Hari
ini kena kaji pasal Sultan Muhammad al-Fateh untuk program esok. Semoga Allah
permudahkan urusan kita semua. Semoga Allah permudahkan urusan kau juga. Selalu. Aku janji akan hidup dengan bahagia. Macam yang kau suruh.

2 comments:
Naseb bek kat dahi......kalau kat idung....hahahaa :D
Klo dalam hidung lagi naya! Huhu
Post a Comment