Peristiwa
zuhur tadi di dalam surau. Aku dengan kawan baik solat kat kampus sebab ada
program bersama Ustaz Muhammad Syaari Abd Rahman, penulis buku Kuasa Kepemimpinan al-Fateh.
Suara
: Akak kalau boleh nak suami yang buat semua sunnah Rasulullah. Kalau takde
nilai-nilai tu dalam diri lelaki tu, akak taknak.
Aku
yang tengah lipat telekung tak menoleh pun untuk tengok siapa yang bercakap. Sampailah
kawan baik yang baru usai solat datang tempat aku.
Kawan
baik : Kau dengar tadi?
Aku
: Kita cakap kat luar.(empunya suara baru masuk surau usai berwudhuk)
Di
luar surau dalam perjalanan ke auditorium.
Kawan
baik : Tadi kau dengar tak akak tu cakap pasal sunnah Rasulullah?
Aku
: Aku dah agak kau nak cakap pasal ni.
Kawan
baik : Macam tadi, ustaz Syaari cakap kalau kita nak kawan yang mempunyai
kualiti macam yang kita nak, kita kena lah ada kualiti macam tu jugak. Nak suami
yang ikut sunnah Rasulullah tapi diri sendiri bercakap dalam surau dengan suara
kuat padahal orang lain tengah solat.
Aku
: (angguk, ada betulnya)
Kawan
baik : Akak tu sebenarnya baru je berubah sem lepas. Berubah mendadak.
Aku
: (mencerlung) Terus tudung labuh?
Kawan
baik : (angguk)
Aku
: (subhanallah dalam hati) Berubah macamana?
Kawan
baik : Dengar kata, dia mimpi Rasulullah. Rasulullah cakap, kalau dia teruskan
cara pakaian macam dulu, dia takkan masuk syurga. Wallahu’alam aku pun dengar
cerita je.
Aku
sebenarnya tak kisah perubahan mendadak ke, perlahan ke atau perubahannya sebab
apa. Aku cuma kisah arah perubahan itu. Kalau perubahan yang baik, aku sokong.
Perlahan-lahanlah kita mendidik hati. Memang permulaan itu agak susah. Macam kapal
terbang, sebelum berlepas dia guna banyak tenaga api sebelum boleh stabil di
angkasaraya berjam-jam. Jadinya, permulaan kita memang agak susah. Kena push
diri sekuat-kuatnya. Jangan risau, aku sokong. Paling penting, Allah suka.
Kalau nak cari redha manusia memang seribu tahun pun takkan puas dan takkan
cukup. Carilah redha Allah dalam menempuh kehidupan seharian.
*Berusaha
untuk sibuk supaya syaitonirrojim takde ruang nak bisik macam-macam ke dalam
hati.*

No comments:
Post a Comment