Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru!


Selamat Hari Guru!

Wah hari ini beruntunglah untuk yang bergelar guru. Pegi sekolah mesti dengan hati kembang berbunga-bunga sebab ada kemungkinan besar dapat hadiah atau surprise dari pelajar-pelajar. Tapi kan, kan, kan. Kita lupa pada dua guru yang telah mendidik kita dari kecil. Ibu dan bapa kita.

Waktu aku kecil dulu mama selalu bawak aku kira anak tangga kalau nak pegi mana-mana supaya aku boleh pandai mengira. Lepas tu sebelum tidur mesti dapat bedtime story yang best-best. Yang sampai sekarang aku ingat! Kat rumah aku memang tak sah kalau takde tampal-tampal ‘Mari Mengenal Huruf’. Mama jugak yang ajar aku melukis. Kecik-kecik dulu suka sangat ke kedai buku beli drawing block sorang satu lepas tu lukis macam-macam pastu tampal kat bilik. Masa kecik-kecik pun mama dah ajar ngaji. Supaya bila hantar kat rumah ustaz yang ngajar ngaji takdelah malu sangat aku taktau satu huruf pun. Dan takdelah nak menyusahkan ustaz tu sangat.

Papa pulak ajar aku kayuh basikal. Bayangkan, mula-mula basikal tu ada roda tiga kat belakang. Lepas papa dah confident yang anak gadis beliau dah boleh kayuh basikal dengan jayanya, papa pun buka tayar kecik kat belakang. Hasilnya? Ya, aku menonong laju masuk dalam semak belakang rumah jiran. Terima kasih pokok semalu yang sudi menjemput aku. Jangan tak percaya, papa lah yang ajar aku kerja kat dapur. Macamana nak potong bawang, cuci sayur, cara-cara nak duduk dengan sopan masa nak tumbuk bawang. Semua tu papa yang ajar.

Untuk jasa keduanya, aku bersyukur sangat-sangat dengan Allah sebab kurniakan aku dan adik-adik insan sebaik mama dan papa. Untuk mama dan papa, terima kasih sebab dah jalankan amanah Allah dengan sebaiknya, terima kasih sebab dah didik Noor dan adik-adik. Hari ni tak macam tahun-tahun sudah. Aku dah tak wish cikgu-cikgu kat Facebook (sebab aku dah deactivate Facebook). Hari ni aku cuma nak titip doa ikhlas dari hati untuk semua insan yang pernah dan sedang mendidik aku. Termasuk kau juga. Semoga kita semua diberkati Allah. Selalu.

p/s: Habis tu, macamana nak berterimakasih dengan pengalaman yang banyak mengajar aku? Hah! Dengan belajar dari pengalaman. ;)

Untuk semua guru, bakal guru, bekas guru, yang pernah dan sedang mendidik, SELAMAT HARI GURU. Semoga Allah memberkati semuanya. ;D

1 comment:

Miss SheiLa said...

selamat teacher's day =p

*code mixing jap*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...