Buat bakal suami
yang ku tak tahu nama, rupa dan asal dari mana,
Jangan mencintai aku
kerana wajahku,
Kerana kecantikan
yang kau lihat ini akan luput ditelan waktu.
Jangan mencintai aku
kerana kebaikanku,
Kerana aku tak
mungkin akan baik selalu,
Aku juga punya masa
lalu,
Aku juga punya sisi
gelapku.
Jangan mencintai aku
kerana kesabaranku,
Kerana aku juga
manusia punya hati yang ada batasan.
Jangan mencintai aku
kerana keimananku,
Kerana selayaknya
manusia imanku ini ada turun dan naiknya.
Dan jangan pula
mencintai aku kerana aku mencintaimu,
Kerana takut hatiku
tak tetap mencintai.
Tetapi cintailah aku
kerana aku adalah aku.
Bantulah aku
mengekalkan kesabaranku,
Bantulah aku menjaga
imanku,
Bersamalah kita
menyuburkan rasa cinta dalam hati kita,
Dan aku akan
sedayanya mengekalkan kecantikan ini,
Hanya untuk kamu.
Bersama, kita bawa keluarga
kecil kita meniti tali Allah,
Menuju jannatullah.
Insya-Allah.
Luahan rasa,
NoorVictory, 4 Mei
2012
*Aku pernah
mencintai sehingga aku lupa diri. Aku dan memori ku itu masih belum dapat
dipisahkan. Andai kau ku temui nanti, bisakah kau terima aku dan memori yang
masih bersisa ini? Aku masih terbeban dengan kebodohan masa lalu ku. Sejujurnya, aku masih takut untuk mempercayai. Lagi.*

2 comments:
pasti akan ada di suatu masa nnti....bakal imam mu.. seorang insan yang akan menggenggam erat tangan mu dan menerima se adanya.
InsyaAllah.. Amiiinnn..;)
p/s: Semoga doa bertemu jodoh mu trmakbul..=)
Post a Comment