Aku
tahu aku tak selamanya boleh lari.
Tak
selamanya aku tega menyakiti.
Ya
Allah, jika suatu hari nanti datang lelaki yang memegang kunci hati ini,
Seikhlas hati menerima diri yang banyak cela sana sini,
Seikhlas hati menerima diri yang banyak cela sana sini,
Janganlah
Engkau butakan mata ini.
Berilah
hamba kekuatan untuk membuka hati,
Menyambut
huluran kasih menuju syurga yang hakiki.
Sehingga
detik yang satu itu,
Saat yang hamba tak tahu bila dan bagaimana,
Hamba
akan sedayanya memperbaiki diri.
Hati,
jiwa dan raga ini hamba serahkan pada-Mu, Ya Allah.
Kerana
hamba sangat takut terluka lagi.
Segala-galanya,
cukuplah sekali.
Segalanya,
tak perlulah diulangi.
Aku
kembali kini, Ya Allah.
Mengharap kasih dan cinta-Mu yang tiada bertepi.
*Aku bukan siapa-siapa hendak menidakkan takdir dan jodoh siapa-siapa. Buat
masa ini, aku tak mampu memberi sebarang harapan. Kerana itulah aku sedar, aku
tidak boleh menerima.*
Ya, ya, aku tahu. Kadang-kadang entri dan gambar langsung tak ada kena mengena.

No comments:
Post a Comment