Wednesday, 9 May 2012

Dah lama tak nangis depan orang.


Dear you,

HAHA. Malam ni aku termenangis sebab aku rindu kau. Bukan sengaja, bukan suka-suka tapi malam ni aku rasa tension sangat-sangat. Sebabnya dulu kalau aku tension kau selalu ada, kan? Jadinya, sekarang aku kena belajar handle banyak perkara sendiri, kan? Kau selalu datang dengan words of wisdom kau yang endingnya akan buat aku tergelak. Lucu. Dah lama aku tak nangis. Pelik, kan? Manusia cengeng macam aku boleh tahan nangis hari-hari tapi malam ni aku dah tak boleh tahan. Kalau dulu, aku akan call kau pastu kita gayut lama-lama kau tenangkan aku. Mungkin sebab tu kau tinggalkan aku, kan? Sebab aku dah manja sangat-sangat-sangat, kan?


Malam ni aku nangis tak berhenti. Kawan-kawan baik semuanya ingat aku nangis sebab tension semata-mata. Padahalnya, ada udang sebalik air mata! Kesian diorang kena tenangkan aku padahal aku nangis sebab lain. Beyond dari ke-tension-an yang melanda.

Aku banyak kerja. Sangat banyak tak tertanggung dek tulang empat kerat ni dalam masa sehari. Pastu ada sorang kawan baik marah aku, kalau dulu kau akan marah untuk aku, pastu aku pulak kena sabarkan kau. HAHA. Sebab aku tak reti nak marah kawan-kawan baik. Sekarang aku kena handle semua sorang-sorang. Kuat adalah satu-satunya pilihan yang aku ada sekarang. Aku dah taknak bergantung pada kau. Aku ada Allah. Aku nak ngadu dengan Allah. Kadang-kadang aku tak mampu.

Allah… SAKIT… Noor, Allah ada. Kau boleh nangis, boleh meluah semuanya dengan Allah. Allah dengar semuanya. Allah lagi dekat dengan kau.


p/s : Orang tak selalunya jahat, kan? Aku pun tak selalunya baik, kan? Aku bukan siapa-siapa untuk tak memaafkan.
*LEGA!*

1 comment:

Miss SheiLa said...

aku bleh tgk jak.hahahaha.xpndai memujuk lgsg.wat lawak jak.hek3..rupanya ada maksud tersirat semalam..ptotla bersungguh2 menangis..hhehehe =p kbai~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...