Tuesday, 22 May 2012

Buatmu yang terindah.


Buat Nur Hani dan penghuni-penghuni Raudhatussakinah.

Mungkin tak perlu kata-kata indah,
Cukup pada luahan rasa,
Tanda cakna.

Mungkin tak perlu air mata,
Cukup cuma titipan doa,
Tanda terima.

Aku pun jua manusia,
Tak lepas dari cela,
Ada saatnya aku lalai dan leka.

Aku pun sepertimu jua,
Beza kita cuma pada taqwa.

Kau dan aku,
Kita sama makhluk Allah.
Kau dan aku,
Kita sama pendamba syurga-Nya.

Beza kita cuma darjat di sisi Tuhan.
Entah Dia mengangkatmu tinggi dari aku,
Cuma Dia saja yang tahu.
Selamat berpuasa di bulan Rejab! ;D

3 comments:

Miss SheiLa said...

hanya Allah s.w.t yg tahu =)

Karukord Jagau's said...

Selamat berpuasa :)

NoorVictory said...

Sheila : Betul, kita cuma manusia yg cuma tahu yg trsurat. Yg selebihnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui;D

Karukord Jagau's : ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...