Tuesday, 1 May 2012

Sedang berusaha untuk terus kuat.


Aku sedang berusaha untuk kuat. Aku tahu aku tak kuat lagi (berdasarkan jerawat cinta dan jerawat kerisauan yang berterabur atas dahi). Sekarang aku sedang cuba menghapuskan segala bentuk bukti kewujudan lelaki bukan mahram dalam hidup. Tragis, bukan? Aku sedang menghirup segar nafas cinta melalui caraku sendiri. Suatu hari nanti cinta baru akan datang juga. Itu aku tahu tapi aku tak pasti. Untuk menyambut huluran cinta dalam masa terdekat ini, aku masih rapuh, masih nanar, masih terasa bisa-bisa lama. Aku masih sedang berusaha menerima segalanya yang pernah menyakitkan aku. Aku tahu aku tak boleh selamanya melarikan diri.
*Sedang meninggalkan segala kenangan di belakang untuk cuba mencipta kenangan baru. Yang harapnya tidak menyakitkan aku. Lagi.*

2 comments:

Karukord Jagau's said...

bukan mudah mencari pengganti...jika sudah kau temui...jagalah ia sepenuh hati.

NoorVictory said...

InsyaAllah..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...