Hidup
bukan cuma suka,
Hidup
juga ada duka.
Hidup
bukan selamanya ketawa,
Kadang-kadang
terselit hiba.
Itu
hakikat.
Kerana
kau tak selamanya di atas,
Haruskah
kau berhenti melangkah?
Kerana
kau takkan selamanya di bawah,
Perlukah
kau berhenti berusaha?
Segalanya,
Pandang
dengan rahmat Allah,
Bukan
dengan keluh kesah.
Bila
kau terjatuh, bangkit dan ubatilah luka mu,
Terus
berjalan,
Walau
sakit, walau pedih,
Teruslah
melangkah.
Kerana
akan tiba satu saat,
Luka
itu akan sembuh meski berparut,
Kerana
kau pernah jatuh.
Dan
saatnya kau pandang parut itu,
Jangan
malu dan jangan bersedih,
Itu
adalah rahmat dalam samaran.
Darinya
kau kutip pengalaman,
Darinya
kau belajar untuk bangun,
Dan
melangkah perlahan-lahan.
Teruslah
berjalan.
Takdir
ini telah termaktub.

2 comments:
aku xpernah mimpi pun pandai membaca blog.. jadi inilah takdir ku iaitu dengan membaca blog yang ko blogkan wahaha
anonymous? huiyo. =p sekian~
Post a Comment