Monday, 7 May 2012

Banyak benda baik jadi lepas putus cinta. #2#


Aku pernah bagitahu kan banyak benda baik jadi lepas aku putus cinta? Aku pernah cerita kat SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI. (dan banyak lagi yang malas aku nak selongkar satu-satu)

Dua hari lepas, perut tiba-tiba mendendangkan lagu keroncong yang tak dapat ditafsirkan oleh mana-mana composer di dunia ini. Iramanya syahdu lagi menyakitkan. Menusuk-nusuk seakan limpahan asid sedang menghakis dinding perut. Aku capai handphone dan mesej kawan baik.

Aku : Kau buat apa?

Kawan baik yang takde kredit : RQI daripada Housecleaning. (ceh!)

Aku pun tekan punat-punat handphone dan tutt.. tuttt.. tuttt..

Aku : Assalamualaikum.
Kawan baik : Weh, ini aku lah! (kawan baik aku ni non-muslim)
Aku : (Ya Allah, lupa!) Ish, aku tau lah! Aku yang call. Cet. Tersasul!
Kawan baik : (mengekek ketawa)
Aku : Makan jom. Lapar.
Kawan baik : Aku tengah housecleaning. Nanti aku datang rumah kau bawak makanan.
Aku : Okey, cantek kalau macam tu. Aku solat jap. Kau masuk je, aku tak kunci pintu.

Tengah makan makan makan dan melantak maggi goreng+telur goreng dan milo.

Kawan baik : Aku tanya, kau jangan offended tau.
Aku : (Ah, sudah! Cuak cuak cuak!) Apa?
Kawan baik : Kenapa aku tengok kawan-kawan baik macam dah tak kawan kau?
Aku : HAHAHA. Eh ada pulak.
Kawan baik : Aku tengok kau selalu sorang-sorang je sem ni. Malam tu diorang pegi teater kau tak datang pun. Datang pun dengan kawan baik lain.
Aku : (Hirup milo pelan-pelan pastu explain) Sebenarnya, diorang cakap aku yang macam taknak kawan diorang. Aku yang menjauhkan diri. Padahal aku tak rasa macam tu. Entah lah. Tapi kitorang sebenarnya okey je. Malam tu aku ada program lain dengan kawan baik tu. Lepas habis program kan aku pegi teater tu jugak. Biar lambat, asal selamat. Hehe.
Kawan baik : Kenapa ek?
Aku : (tarik nafas dalam-dalam) Aku kecewa putus cinta. HAHA.
Kawan baik : (capai tangan aku dengan mata yang bersinar-sinar dengan simpati yang menggunung) Laaa.. Ye ke? Bila?

Cerita punya cerita punya cerita..

Kawan baik : Kau takyah risau tau. Tuhan dah atur semua ni. Mungkin Tuhan nak kau sedar sikit. Mungkin Tuhan tepuk bahu kau dan cakap “Noor, kau ni dah jauh sangat dari Aku, meh sini Aku bagi kesedaran sikit”. Sebab Tuhan tahu, kalau kau dengan dia nanti ada benda yang tak baik jadi. Jadi Tuhan tarik kau balik. Tuhan cut kan hubungan kamu.(peringatan lagi sekali, kawan aku ni non-muslim)
Aku : (Terkedu) Betul. Ini takdir, kan?
Kawan baik : (Angguk)
Aku : Sebab tu la aku tak rapat sangat dengan kau awal sem baru ni. Tengah recover pelan-pelan.
Kawan baik : Takpe, aku pun perasan jugak muka and mood kau yang semacam pelik. Tak macam Noor yang aku kenal.
Aku : (Terkedu lagi, ah asyik terkedu baik terus menyuap! Terharu!)

I love it when someone realized that I was not okay and asked me “what’s wrong? Why you look different?” I feel appreciated. Appreciated by that person and appreciated by Allah who had given me that person :)

Read more: http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/page/5#ixzz1uCosyuRM

3 comments:

Kee-chul said...

waaa....berubah btl blog ni.. hehehehehe..
hmmm sedih la dgr..
tp kak nona sgt2 bertuah sbb ad kwn.
msa ika putus cinta dlu xda.. tpksa harunggi sorg2. hehehehe.
but stil alhamdulillah im ok. hehehe.
n u should be fine too.
i love u!
bla blk sni!!!!!!???

Kee-chul said...

eh2...y hantar tu ika tw. hehehe t'gna blog kila plak. hahahaahahahaha!

NoorVictory said...

Ika? Hehe. I love you too!

Xtau lg bila. InsyaAllah hujung minggu nih pegi Raudhatussakinah di Taman Melawati. Tapi esaimen sudah kurang sket2..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...