Dalam
meniti laluan kehidupan,
Adakala
kaki tersadung pada akar-akar banir yang besar dan berselirat,
Dek
kerana jauhnya mata memandang ke hadapan,
Atau
pekatnya malam yang tidak bercahaya.
Tapi
jatuh sekali bukan bermakna selamanya akan duduk mengaduh,
Menyesali
keterlekaan,
Mengubati
luka di kaki.
Jatuh
dan bangunlah.
Teruslah
memandang ke hadapan,
Dan
teruslah melangkah sekalipun disakiti onak dan duri,
Sekalipun
terpaksa meniti laluan sempit bersendiri,
Melalui
hutan belukar yang penuh merabahaya tersembunyi,
Sekalipun
terpaksa meniti batuan licin yang memungkinkan jatuh lagi.
Kerana
tiada siapa tahu apa yang ada di hadapan.
Kerana
sekalipun sepanjang jalan itu berliku,
Melelah
dan meresahkan,
Di
hujung jalan pasti ada sinar,
Di
hujung penantian pasti ada bahagia.
Kalau
tak nampak di dunia,
Di
syurga Allah nanti pasti,
Insya-Allah.

No comments:
Post a Comment