Sunday, 6 May 2012

Dendam yang termanis

Buat seorang kawan baik yang sedang lena tidurnya.
Yang kakinya bengkak kerana terjatuh ketika cuba membalas SMS ku.

Kau telah bersama aku dalam menempuh pahit manisnya kehidupan.
Yang lain mungkin tahu ceritaku.
Tapi kau di situ mengalaminya bersama-samaku.
Kau tahu suka duka ku.
Kau kongsi segalanya denganku.
Kerana itu, kau lebih tahu.
Dan pula, kau pernah mengalami sesuatu seperti aku.
Pedih, bukan?

Aku menyayangi sahabat ku ini.
Oleh kerana sayang ku ini, aku mohon pada Allah agar dihilangkan rasa benci mu pada dia.
Agar tidak hitam hati mu.
Dendam itu ibarat kanser, kawan.
Perlahan-lahan merajai hati dan merosakkan tiap satu organ dalam badan.
Jangan biar ia menguasai hatimu,
Nanti ia akan mengawal hati dan akalmu.

Dan kau jua kata kau sayang padaku.
Kalau kau sayang padaku, 
Mahukah kau Allah pertanggungjawabkan aku atas rasa benci di hatimu?
Mahukah kau melihat kawan mu ini terseksa di neraka kelak kerana telah menyemai rasa benci dalam hatimu?
Kalau kau sayang aku, selamatkanlah aku.

Kemaafan itu adalah dendam yang lebih manis, bukan?
Aku telah memaafkan,
Dan aku mohon kau jua memaafkan.
Aku tidak mahu hatimu dikotori rasa benci.
Kerana aku sayang padamu, kawan baik.

Selamat malam. Semoga mimpi yang enak-enak. Semoga kau tak mimpi nak bunuh siapa-siapa sebab nanti aku terpaksa datang dalam mimpi kau sebagai Sailormoon untuk membantu mangsamu dan menegakkan keamanan.
Semoga hatimu jadi sesejuk salju ini. Tenang dan mendamaikan.
*Ini entri yang ke-100. Bermaksud, sudah 100 kata-kata semangat yang cuba aku tiupkan dalam hati. Semoga Allah permudahkan urusan ku dalam mencantumkan kepingan-kepingan hatiku yang berserakan agar ia dapat merasa kembali.*

3 comments:

Karukord Jagau's said...

Semoga ia bercantum kembali dgn susunan yang terindah.

NoorVictory said...

Amiiinn. Terima kasih! =)

Karukord Jagau's said...

sensame :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...