Saturday, 16 June 2012

Kerja amal kerana Allah.

Assalamualaikum.
Tell you what, kalau kita nak jadi baik, Allah akan datangkan orang-orang baik untuk tolong kita. Hari tu ingat nak join MERCY, pastu mintak pendapat sorang kawan baik nih (kawan baru weheeee~) so here are her responds.
“hurm. ramai yg salah faham dgn konsep kerja kebajikan dan volunteer. when talk about ‘charity’, setiap pertolongan kita utk mempermudahkan org lain tu pun pahala. tak semestinya kena berdaftar dgn badan2 NGO.awak buat sendiri pun boleh.kat sana kan bnyk kawasan luar bandar? awk buat la tusyen english free utk kanak2 kat kawasan pedalaman.tak pun utk anak2 jiran. selain boleh tingkatkan practical teaching skills awak, awk leh beribadah n gain pahala jugak.=) ilmu yg kita ajarkan kan pahala yg berpanjangan.insyallah. oh..btw..rumah anak yatim sekarang kurang nak baju2 terpakai. dieorg dh ramai sponsor smpai kdg2 terbuang2.=( mungkin boleh tolong dgn bahan asas lain. awak call la umah anak yatim tu n tanya barang2 yg biasa dieorg perlukan..=) gud luck!” 
Pastu aku pun bagitahu la kan, agak segan kalau nak buat kerja sorang-sorang nih. Segan woo. Kalau join NGO at least ada kawan, jadi takde lah orang fokus kat kita je kan. Pastu dia cakap,
“la..nak segan buat apa. kan kerja amal. lillahitaallah. niat kerana Allah je.Takpun masa practical nnt, ajak la murid2 awak yg susah dan tak mampu g tuition luar utk dtg blaja kat umah awk. mak bapak yg berkira sgt tu, kalau dgr awk bg tuition free mesti dieorg bagi anak2 dieorg pergi punya..
Noor, bila kita nak buat sesuatu yg baik,atau tolong org..jgn teragak2. niat kerana Allah dan harap Allah terima. Jgn fikirkan sgt kata org ke ape ke. kalau niat kita baik, pasti Allah permudahkan. insyaAllah.”

Terima kasih untuk panduan itu kawan baik! It is really an eye opener! ;D


Jadinya untuk sesiapa yang nak buat charity works tuh, jom start dengan menanam pokok. Tak kira lah pokok apa pun. Kalau pokok buah lagi best! Nanti kalau ada musafir ke, sesiapa ke, burung ke, makan buah dari pokok tuh, kita dapat pahala. Pastu kalau ada orang berteduh bawah pokok tu pun insya-Allah kita akan dapat pahala jugak.;)

Niat ikhlas kerana Allah, tau! Pastu kalau dah kaya (ada rezeki lebih) nanti boleh lah sedekah al-Quran ke, telekung ke, tudung ke, ke mana-mana badan kebajikan atau surau-surau.

Dialog di tepi pantai during second runaway session:
Aku: Aku ingat nak buat surau kecik tepi pantai lah. Tak banyak pantai yang ada surau padahal ramai je orang bersantai kat pantai sampai ke petang sampai ke subuh.
Kawan baik: Oh. Kau nanti kaya raya lah nih ek?
Aku: -_-" (kau memangggggggggggggg~ spoiler!)

p/s: Stop dreaming and start working! Ouh, and sorry for the code mixing and code switching. Minta maaf penggunaan bahasa rojak seperti yang tertera di atas. Heh.

8 comments:

shema said...

idea buat surau tepi pantai tu mmg best. sbb ramai je org lepak siang malam tp tak solat kann. rugi.
btw, suke bace blog awk. byk bg motivasi kt sy yg byk dosa ni. :(
thank you so much dear. ^___^

NoorVictory said...

Sheema : Ha'ah betul. Pantai mmg tempat manusia bkumpul. Hee~

Eh, sy pun tgh memotivasikan diri sndiri. Huhuhu~ sama2 memperbaiki diri, ya? ;)

Deru Ombak said...

Dear Noor.. 

Amal kebajikan ni boleh dilakukan secara berkelompok atau persendirian.
Sebenarnya kita melakukan Amal kebajikan ni setiap hari tanpa sedar. Untuk merealisasikan Amal kebajikan dalam skala besar seperti mendirikan surau, memerlukan dana. Kerana itu NGO ditubuhkan, badan2 kebajikan ujud. Dimana individu tidak mampu melakukannya, kecuali benar2 kaya. 

Badan2 NGO Ditubuhkan, bertujuan supaya misi dan visi kumpulan dijalankan secara teratur Dan telus. Mengenal pasti kelompok2 yang perlu dibantu Dan jenis prasarana yang perlu didirikan untuk keperluan org ramai.

Sebagai individu yang rasa terpanggil untuk beramal kebajikan, sebagaimana yang kawan Noor sebutkan tu cukup jelas.  Walaubagaimanapun, sejauh mana keikhlasan kita sekiranya kebajikan yang kita lakukan itu memudharatkan diri kita. 

Mengajar secara percuma yang dipraktikan oleh Unesco umpamanya. Kanak2 mendapat pelajaran percuma Dari guru yang dibiayai oleh badan tersebut, yang di panggil elaun sara diri. Peralatan pembelajaran seperti alat tulis Dan sebagainya disediakan.  Sekiranya mampu untuk mengajar tusyen percuma tanpa melibatkan dana yang banyak adalah satu Amal yang sangat baik.

Menanam pokok buah yang rendang, alangkah bahagianya sang burung Dan musafir lalu. Bagaimana sekiranya pohon buah itu menjadi isu perbalahan untuk menikmati buahnya.

Amal kebajikan tidak dikhaskan hanya untuk yang susah, fakir miskin Dan anak yatim sahaja, malah untuk masyarakat umumnya. Sebenarnya apa saja yang kita lakukan untuk memudahkan kehidupan masyarakat itu adalah amal.

Mengajar tusyen anak2 kampung bukan bermakna mengajar anak2 Dari keluarga susah sahaja, tetapi mengajar anak2 yang ibu bapa mereka yang mampu tetapi memandang rengan terhadap pelajaran anak2.

Noor, kakya mengajar English Dan mathematic dua Kali seminggu. Ada yang betul2 susah Dan Ada yang dtg tusyen dengan kereta gah! 

Intihanya. Nawaitu kita.  Gud luck dear.

NoorVictory said...

Kak Ya~~~~ huhuhuhu. Alhamdulillah God has sent you to me. Without seeing each other I can feel that I love you, honestly.<3

Tengkyu utk panduan2 itu kak Ya!;)

p/s: Trfikir jgk klo2 ada org sumpah seranah pokok tuh klo ada sedara mara diorg kena panah petir masa berteduh tuh. Huhuhu~ apa2 pun, let Allah be the judge, kan kak Ya?

I love you and your spirit! ;)

Anonymous said...

=') trima kasih noor... =') terharu. tapi pandangan saya cuma la dari orang tak seberapa je.Apa yg Deru Ombak tu katakan betul jugak. =) terima kasih utk panduan and sharing.. =) Good luck. But no matter what, do it lillahhitaallah.

-Ana Qhalifah-

NoorVictory said...

And thank you for dropping by (and for you advises and for your supports and everything!)

<3 heeee~

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Ana Qhalifa,,

Kakya mohon maaf sekiranya komen diruangan ini menyinggung perasaan. Kakya cuma memberi pandangan Dari different perspektif.

Sesungguhnya penanaman pokok buah tidak begitu berkesan untuk ditanam sebagai kebajikan awam. Dari pengalaman apa yang terjadi apabila sepohon buah mangga yang tidak bertuan, berbuah dengan lebat, terjadi perbalahan untuk mengambil buah tersebut. Ada yang bawak parang halau menghalau. (kakya melihat sendiri perkara ni.)

Kakya perasan, kenapa majlis perbandaran setiap negeri menanam pokok kayuan untuk meredupkan suasana Dan tidak menanam pokok buah.

Noor, Ana..
Moga kita sentiasa dapat membuat amal setiap hari, biarpun ia Nya sgt kecil. Berbuat baik Dan beramal kerana Allah kan?.. :)

Anonymous said...

Alaikumsalam kak ya,
tak ada apa yg menyinggung pun. tak terasa apa pun kak ya.Saya menerima dr perspektif lain. betul jugak kata kak ya tu.. =) bagus la, dan terima kasih sbb share pendapat yg saya tak terfikir. Beramal kerana Allah, insyallah. =)
-Ana Qhalifah-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...