Wednesday, 18 April 2012

I'm moving on.

Gelap malam mengajak aku menerawang bersama-sama 143 karya Pingu Toha ke alam fantasi yang mungkin realiti kehidupan sesetengah insan.

Mesej seorang kawan baik membuat aku menghentikan pembacaanku. Berfikir sejenak.

“bila kau nak bagi peluang untuk mula hidup baru?”


Hidup baru itu maksudmu melupakan dia kah? Hidup baru itu maksudmu memberi ruang untuk diri ini bernafas dalam cinta baru kah? Atau hidup baru itu bermaksud berhenti menanti bayang-bayang yang tidak akan dapat pernah disentuh itu kah? Atau maksud hidup baru padamu berhenti jadi fobia dan berhenti menolak cinta? Begitu?

Kawan, aku dah mula hidup baru pun. Hidup baru tak perlu ada lelaki, kan? Tak perlu ada seorang dia, kan? Hidup baru tu boleh bermula dengan diri sendiri, kan? Hidup baru itu boleh bermula dengan cara menghargai masa yang ada, menghargai setiap orang di sekeliling kita. Paling penting, hidup baru mestilah dimulai dengan redha dengan ketentuan Allah.

I’m moving on.

Kawan, life is not about black and white anymore. It is about either black or white. You choose.
*melupakan dia memang payah, tapi aku akan cuba hidup tanpanya*



Aku sedang bernafas dengan lebih tenang tanpa tersekat-sekat dalam cinta baru. Dan aku bahagia. Sungguh, aku cinta pada Yang Maha Pemberi Cinta.

6 comments:

Mr.Clive said...

and i hope you all the best... :)

Miss SheiLa said...

Allah ada....pemly ada..kawan ada..xperlu pon org lain..jodoh ko tgh cari ko tuh..relax sudeyh~

NoorVictory said...

Thank you! =)

NoorVictory said...

Oh ya? Ckp dgn dia xpyh cari, aku xmau dicari. Ngahaha

Miss SheiLa said...

dia xcari..dia tgh doa sama Allah s.w.t supaya jodohnya tuh dpt terima dia..=p

NoorVictory said...

Hoho. Seram! =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...