Aku
pernah bagitahu dalam entri pengenalan dalam blog nih yang korang akan tengok
aku (virtually) jatuh, bangun perlahan-lahan, berdiri, mengorak langkah,
bertatih, berjalan-jalan dan seterusnya berlari (dan mungkin juga pecut). Oleh
itu, sekarang assignments tengah menggunung. Aku pulak sedang cuba berusaha
sedaya upaya mendivertkan segala upaya yang ada untuk assignments yang sedang
berjoget lambak ini.
Sebelum
aku terjun dalam arena percintaan dulu, aku ada banyak cita-cita. Sedikit
sebanyak, sepanjang percintaan itu aku lupakan cita-cita aku. Sebab kebanyakan
cita-cita tu cuma ada aku dan keluarga. Jadi, aku sesuaikan dan masukkan dia
dalam frame cita-cita itu. Sekarang, aku dah back on track. Perlahan-lahan aku
nak kutip balik semua cita-cita yang aku dah pasang sejak kecil lagi. Yang aku
asingkan masa aku ada dia dulu. One by one.
Yang
sedang merasai sesuatu seperti aku, yang sedang runtuh semangatnya, ingatlah
tujuan hidup di dunia ini bukan kerana orang yang tertentu semata-mata.
Kenanglah jasa ibu dan bapa kita. Sekarang kita dah ada banyak masa untuk insan
yang lebih berharga ini. Dan yang paling berharga adalah diri kita sendiri. Dan
tujuan terutama untuk hidup di atas bumi adalah kerana kita telah berjanji pada
Allah yang kita akan berjuang sehabis baik hingga nyawa tinggal di hujung tanduk,
sehingga roh melayang dan kembali pada penciptanya.
Hiduplah,
dan buatlah assignments (atau kerja-kerja lain) kerana Allah (dan lecturer dan
bos). I'm officially back on track!

2 comments:
Tabah dlm mengharungi ujian hidup.....teruskan usaha dlm mengejar cita2 murni mu.
Terima kasih! ;)
Post a Comment