Saturday, 2 June 2012

Adventure.#1# 02.June.2012

Assalamualaikum. Semalam lepas balik dari cari rumah sewa untuk praktikal aku langsung terbongkang atas katil dengan baju tak bertukar. Sebab aku dah plan nak terus gerak takyah mandi nanti je kat rumah makcik. Dan, dengan tak disangka-sangkanya aku terbangun dalam pukul 9.50 pm waktu yang telah ditetapkan untuk train terakhir bergerak dari Tanjung Malim. Bukan main terkejut rasa macam nak nangis aku waktu tu. Yala, kan aku dah plan nak pegi rumah makcik sebab aku nak ikut hantar sepupu ke UITM Alor Gajah. Bukan selalu dapat tengok tempat orang!

Aku pun terus call sepupu cakap “Kakak tertidur! Wuwuwuwuwu”. Pastu aku dengar makcik dah bising-bising sebab yang aku pi tidur buat apa tengok dah terlepas train. Sebagai anak saudara yang baik, HAHA aku cuma diam je dengar. Sebab memang salah aku jugak. Tapi aku ngantok sangat-sangat dah dua tiga hari tidur tak cukup sebab nak siapkan proposal. Aku tak salahkan proposal pun, sebab aku yang tak pandai mengatur masa. Bukan persekitaran yang mempengaruhi kita, kita yang mempengaruhi persekitaran. Okay?

Jadinya, untuk penyelesaian masalah, aku kena ambik train awal pagi pukul 6.30 pagi supaya aku dapat ikut jugak ke Melaka. Kalau tak, aku kena tinggal kat rumah bagi kucing makan. HAHAHA. Adoilawaknyepun! ;P

Syukur alhamdulillah sebab aku sampai kat stesen Kepong seblom pukul 8 dan kami pun terus bertolak dari KTM Kepong ke Alor Gajah! Dan sepanjang perjalanan aku pun tidur dengan nyenyaknya sebab pagi tadi aku bangun pukul 4.58. Huh! Sia-sia perjalanan.

Moral of today’s adventure:
1.    Kalau nampak makcik-makcik yang agak tua sikit dari kita dah jelling-jeling kiri kanan dalam train tolonglah faham. They need seats more than we do!

2.    Minum air banyak-banyak sebab cuaca dah panas terik membuatkan kulit muka cepat merengsa dan bibir cepat kering merekah (pedihhhhhhhhhhh).

3.    Sebelum bertolak ke mana-mana untuk melancong atau apapun agenda, tidur kena cukup. Kalau tak, hurmm macam samajenyepun tak pegi mana-mana.

4.    Ouh, everything happens for reasons. Dan segala kejadian di atas muka bumi ini adalah dengan izin Allah semata.;D
Every new day is a new adventure!;D

2 comments:

Deru Ombak said...

I love " That's Allah"

Gi Alor gajah jgn lupa mkn rojak. Terkenal sedap seantero dunia. :)

NoorVictory said...

Hee~ rojak dia sedap kak Ya, tp sy xdapat makan betul2 sebab bibir pecah2.. Huhuhu~

Sy pun suka poem nih. Hik3. Paling sy suka, no coincidence! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...