“Allah,
hamba mohon janganlah diseksa kedua ibu bapa hamba atas dosa yang pernah hamba
lakukan. Sesungguhnya kedua ibu bapa hamba telah mendidik hamba dengan
sebaik-baik didikan. Cuma hamba yang terkadang leka dan lalai dalam mengejar
kecintaan dunia.”
Aku
nak syurga Allah. Aku nak mama, papa dengan adik-adik aku berkumpul dalam
syurga Allah. Aku sedang berusaha untuk capaikan cita-cita aku yang long term
itu. Aku takkan lupakan insan-insan yang aku sayang ni dalam doa yang aku titipkan
pada Tuhan tiap-tiap hari.
Aku
sedang mendidik hati, berperang dengan nafsu dan syaitan dalam diri. Aku nak
jihad sungguh-sungguh sebab aku-kau-kita semua tahu syurga Allah tu manis, kan?
Sangat berbaloi untuk diperjuangkan.
Tapi..
Kalau aku tengah bermujahadah kenapa aku cepat mengeluh bila ada yang kata
usaha aku belum cukup? Kalau aku sedang bermujahadah dengan ikhlas kenapa aku
rasa pedih dan terkilan dengan kata-kata macam itu? Kenapa aku sedih kalau aku
terima kata-kata yang melemahkan semangat? Kalau aku ikhlas kan sepatutnya aku
terima segalanya dengan hati terbuka? Segalanya terjadi dengan izin Allah, kan?
Mungkin teguran itu wasilah teguran dari Allah untuk aku. Allah nak aku tambah
effort untuk capai cita-cita aku tu. Apapun jua, aku tahu Allah sayang aku. Aku
tahu Allah sangat-sangat sayangkan aku.
Dear
kawan baik, aku tak mintak kau puji tapi aku mintak kau tolong observe perkembangan
aku. Kalau ada silap tolong tegur. InsyaAllah aku akan terima seikhlas hati. Aku
sedang cuba untuk menjadi cantik di mata Tuhan kita. Kau tolong aku ek? Jom
jadi baik bukan sekadar dalam angan jom.;)
“Ya
Allah, hamba tahu hanya Engkau Yang Maha Tahu segala rahsia di sebalik tiap
sesuatu ketetapan-Mu. Yang hamba tahu, segala sesuatu yang Engkau tetapkan itu
pasti ada hikmah disebaliknya. Kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang.
Bantulah hamba menjadi hamba-Mu yang redha dan sabar. Mohon diikhlaskan hati
hamba ini Ya Allah. Sangat lemah hamba-Mu yang seorang ini Ya Allah. Hamba tahu
hati ini sedang ditempa dalam relau mehnah-Mu. Hamba tahu Engkau rindu pada
rintihan hamba justeru Engkau kirimkan ujian yang melelahkan ini. Hamba redha
andai ini takdir yang telah tertulis untuk hamba. Cuma hamba mohon, bantulah
hamba, Ya Allah. Bantu hamba untuk redha seikhlasnya. Ikhlaskan lah hati hamba
dalam menempu ujian-Mu ini Ya Rabb.”
*Untuk
semuanya, walau apapun ujian yang Allah timpakan ke atas kita, yakin dan
percayalah itu bukan untuk melemahkan kita, bahkan segala ujian itu adalah
penguat kita. Segala ujian itu dititipkan untuk mengukuh iman kita. Terima dengan
hati terbuka dan sangka baik dengan Allah. Kita akan temui ketenangan hati,
insya-Allah. Semoga Allah redha. Sampai maut menjemput kita.*

2 comments:
Assalamualaikum Noor,
Semoga setiap niat untuk kebaikan itu dimakbulkan..
Insyaallah.. Amin!
** pagi ni kakya Ada deting ngan doktor. Check my BP and cholesterol .. :>
Practical kat mana Noor?
Wlaikmslm kak Ya..;)
Doakan sy terus istiqomah ya kak
Ya..=)
Hoho~ jaga kesihatan tau kak Ya. Sy pun xsehat rasanya nih. Huhuhu~
Sy praktikal kt kuala selangor..;)
Post a Comment