Tuesday, 5 June 2012

Ilmu dan Iman.

Assalamualaikum. Lepas je habis exam pagi tadi, aku dan kawan-kawan baik teruslah menonong ke kedai makan fevret. Tapi sebab ramai sangat orang, aku dan sorang kawan baik pun memilih untuk bungkus dan makan di rumah. Jimat sebab takyah beli nasi dan boleh makan comot-comot takyah risau ada orang jelling-jeling cakap ish-ish-ish tak senonohnya wanita tersebut.

Lepas makan aku pun lepak sekejap kat rumah kawan baik aku tuh (tidur lepas zuhur membawak ke asar itu bagi aku sekejap ye sidang pembaca sekalian). Macam selalunya, kami akan ada sesi luahan rasa yang diselitkan dengan tazkirah sikit-sikit. Memang macam itulah selalunya kalau dengan kawan baik aku yang sorang nih.

Dan hasil perbincangan hari ini, aku bawakan kata-kata hikmat yang kitorang terfikirkan dan terbincangkan sekejap seblom masing-masing membawak diri ke alam mimpi.

Iman tanpa ilmu itu sesat,
Dan ilmu tanpa iman itu menyerupai sikap Iblis laknatullah.
In short, kedua-duanya kenalah saling bantu membantu.
Akhirulkalam, semoga urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah S.W.T! Dan untuk yang tengah berpeperiksaan, semoga berjaya dan semoga dipermudahkan menjawab soalan!;D 

1 comment:

syafiqakarim said...

moga moga begitu lah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...