Untuk
semua kawan baik yang aku tau sekarang ni ada yang tengah study sampai tak
sempat-sempat nak toleh kiri kanan, tengah terbongkang tidur sebab malam nanti
nak bangun untuk study ataupun otak dan tersangat penat mencerna maklumat dan
menginterpretasikan idea dalam tugasan-tugasan, dan tidak kurang juga ada yang
sedang bersenang-lenang mengambil kesempatan cuti sebelum exam untuk bersantai
bersama keluarga tercinta.
Untuk
semuanya, terima kasih yang tak terhingga.
Aku
tahu Allah sayang aku sebab Allah menghadirkan korang semua saat aku jauh dari
mama, papa dan adik-adik aku. Aku tahu Allah sayang aku sebab korang tak pernah
fed up pun menasihati aku. Dari perihal pemakanan, kesihatan dalaman, kesihatan
luaran, penjagaan kulit muka, prestasi kerja, hubungan sesama manusia dan juga
hubungan dengan Allah (walaupun some of them kadang-kadang out of nowhere and somehow annoying HAHA tapi semuanya adalah nasihat yang sangat berguna!).
Untuk
segalanya, aku nak korang tahu yang aku tak pandai nak tunjuk aku sayang korang
dengan hang out sesama tiap hari, aku tak pandai nak cakap aku sayang sebab
mintak maaf korang pun tahu aku penggeli (cuma ada certain time aku tak malu
nak cakap bila kegelian tu hilang ditelan keterharuan yang teramat), aku nak
korang tahu dalam nada-nada gurau-gurau manja aku (cehh!) aku sebenarnya sayang
kat korang. Terima kasih sebab terima aku seadanya. Aku tahu aku manusia spesies yang macamana. Terima kasih sebab bersabar. Korang terhebat!
Sebabnya
aku tulis entri ni? HAHA. Sebab aku tahu korang tengah takdapat online
sekarang. Jadinya, esok-esok entri ini akan tertimbun dengan entri-entri yang
lain.
Ngaaaaa~
So,
thank you for everything! Untuk kawan baik yang jahitkan tudung pastu
tolong printkan draft novel untuk aku, thank you sebab tak mintak apa-apa
sebagai balasan. Korang the best!
Uhibbukum
lillahi taala. We ai nimen. I love you all. Ne yaanai kadli Karen (hoho yang
ini aku search google padahal selalunya aku akan sebut ni unni kadal tirai yang
harap-harapnya tak membawak maksud yang memudaratkan HAHA).

No comments:
Post a Comment