Ukhwah itu
tersangatlah manis kalau kita saling memberi dan melupakan pemberian kerana
Allah.
Ukhwah itu tersangatlah manis kalau kita tidak akan pernah membenci
kerana kita sedar semua orang akan berbuat kesilapan juga.
Ukhwah itu
tersangatlah manis kalau tiada dendam dan tiada amarah. Cuma ada kasih sayang
yang ikhlas.
Ukhwah itu tersangatlah manis kalau kita mendoakan yang terbaik
dari Allah untuk sahabat-sahabat kita.
Marah
boleh, biar bertempat dan jangan berdendam. Ikhlaslah dan janganlah mengungkit
kebaikan yang telah kita buat dan janganlah mengungkit kesilapan lalu. Jangan bergaduh
dan jangan memusuhi.
Pesanan
ikhlas untuk diri sendiri dan seluruh umat manusia.
p/s: Pencarian rumah sewa tadi? Alhamdulillah Allah permudahkan dengan menjumpakan kami dengan rumah sewa yang harganya berpatutan dan tuan rumah yang sangat bertimbang rasa. Untuk semuanya, semoga urusan dipermudahkan Allah! Untuk segalanya, terima kasih Allah!

5 comments:
Dua hal yang mesti dilupakan
1. Kesalahan orang lain kepada kita
2. Kebaikan kita kepada orang lain
....dan dua hal yang mesti diingat
1. Kesalahan kita kepada orang lain
2. Kebaikan orang lain kepada kita.
:)
ukhwah mmg saaangt manis.....
salam ukhwah....
Kak Ya: Ya, betul2! Kita kena tgk kain sndiri dulu sblm tgk kain org laen. Kan kak Ya kan? ;)
Kamilah: Salam ukhwah! =D
alhamdulillah ....selamat menjadi teacher =)
Selamat bertunggu2 di koperasi! AHAHA =)
Post a Comment