Monday, 25 June 2012

Buku.#3#

Assalamualaikum.

Hari ni aku dah start masuk sekolah. Perasaan sepanjang perjalanan menuju ke gate sekolah adalah sebuah perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan marker pen dan whiteboard. Oleh sebab rumah sewa kira dekat jugak dengan sekolah, aku dan kawan baik boleh lah berjalan kaki seawal pukul 7 pagi. Takut-takut jugak kalau-kalau terjumpa monyet tengah jalan (kan dah cakap fobia monyet).

Hari ni takde apa sangat jadi. Briefing pasal itu ini dan program baru sekolah yang memerlukan guru Bahasa Inggeris dengan banyaknya. Programnya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 yang akan dikelaskan mengikut ranking. Adakah ini bermakna aku kena ubahsuai tajuk research??? Ouh, tajuk research yang aku pilih, insyaAllah:

THE USE OF JOURNAL ENTRIES WRITING IN IMPROVING STUDENTS’ DESCRIPTIVE ESSAYS.

Semoga Allah permudahkan urusan aku dan kawan-kawan (juga muslimin dan muslimat penduduk bumi yang dirahmati Allah sekalian).

Oleh sebab esok pun confirm tak banyak kerja nak buat, daripada aku goyang kaki dan bosan lagi dalam bilik guru aku nak bawak buku. La Tahzan Gadisku dah dikhatamkan semalam. Komen? Kalau ikut dari perspektif aku, aku rasa lain gadis lain masalah yang dihadapi. Jadi, tak selayaknya kita bermuram durja atas kesedihan yang menimpa kita sebab ramai lagi yang nasibnya lebih teruk dari kita. Ini pandangan overall. Nanti aku kupas lagi dalam. InsyaAllah (kalau ada masa kelapangan dan kerajinan). Sekarang aku nak baca buku Menuai Hidayah Iman. Tapi aku nak balut dulu pastu pilih penanda buku sesuai.
p/s: Taknak baca buku Di Mana Dia di Hatiku dulu sebab buku tuh masih berbalut plastik kedai. Nak baca yang tak berbalut dulu. Heee~ sungguh, aku telah jatuh cinta! ;P


Dan perasaan mengajar kali ni lain sikit. Mungkin sebab aku kena ngajar sambil carry research. Kena berjayakan pelajar dan berjayakan research. Semoga kita sama-sama berjaya! Amiiin~ ;)

3 comments:

insan_marhaen said...

IM satu pernah 2 tahun jadi pengawas perpustakawan di sekolah dan kemudian sebagai kerani perpustakaan lagi 2 tahun.

bab balut buku ni IM boleh akui expert la...

buku sekolah anak-anak IM malah buku-buku rujukan IM semua IM balut sendiri dengan kemas.

Kakzakie said...

Sayang nak bula balutan plastik tu ye dik. Semoga tajuk research pilihan yg kakak rasa macam agak tough juga tu dapat diberesnya dgn cemerlang... kakak doakan.

NoorVictory said...

Im : Wah! Bestnya jadi librarian! Saya suka klo buku sy cantik n kemas. ;)

Kakzakie : Ha'ah kak. Syg nti rosak plak. Hee~ mmg dah rasa agak tough skrg kak. Huhuhu. Terima kasih doakan. Semoga urusan akak selalu dipermudahkan Allah jgk! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...