Assalamualaikum. Petang tadi lepas solat maghrib terus terbongkang tidur atas
katil dengan telekung tak berbuka. Aduhai la.. Entah kenapa semenjak dua menjak
ni asyik tertidur tanpa diplan terlebih dahulu. Alih-alih dah termasuk dalam
dunia mimpi! Haiya.
Esok final exam dah
start. 3 hari berturut-turut. 5, 6, dan 7 Jun. Semoga aku dan semua kawan-kawan
satu kos dan satu universiti dan kalau boleh satu dunia, berjaya dalam exam
yang diduduki. Kena selalu set kat kepala, belajar untuk hidup, belajar untuk mengajar,
belajar untuk bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain, belajar untuk
Allah, bukan belajar semata-mata untuk exam. Kalau semata-mata untuk exam
alamat memang tak lekat lama lah ilmu tuh. Sebab kalau exam dah habis, semuanya
dah tak penting lagi.
Sebelum tidur (lagi adoinyelapunakunih!) aku nak kongsi satu
pendapat. Ehem ehem test mic one two three. Aku rasa, aku lagi respect orang
yang berlagak baik dari orang tak malu berbuat kejahatan. Tapi untuk keduanya
dan untuk aku dan untuk kita semua, semoga Allah beri petunjuk dan semoga Allah
tak tarik hidayah yang Allah dah bagi tuh! Amiinn.
p/s : Tidurlah, dan
bacalah doa tidur dan ucaplah kalimah syahdah. Selamat malam mimpi yang
indah-indah semuanya!

No comments:
Post a Comment