Kalau lah masyarakat tidak memiliki mentaliti yang
perkahwinan itu diikat berasaskan taraf pengantin, sudah tentu aku tidak
mengalami perpisahan yang menyakitkan ini.
Hatiku dirobek tatkala
si dia mengatakan dia tak layak untuk ku dan bermati-matian tidak mahu
hidup di sampingku yang mungkin akan lebih tinggi taraf pendidikan berbanding
dia. Sementelah aku pula bermati-matian mempertahankan yang aku tak memandang semua itu.
Tapi, dia lebih memenangkan masyarakat yang tidak dapat
menerima seorang gadis yang berkahwin dengan lelaki yang tidak sepadan
dengannya dari taraf pendidikan atau pekerjaan.
Perkahwinan adalah anugerah dan takdir dari Tuhan.
Mengapa kita lebih memilih memenangkan mentaliti masyarakat lebih daripada
Tuhan?
Tapi aku bersyukur. Perpisahan yang telah ditakdirkan
Tuhan ini juga rupanya anugerah dari Tuhanku. Lambat laun, sifat ego mu akan
tetap membunuhku jua. Maka, aku relakan perpisahan yang menyakitkan aku ini.
Kerana aku yakin, takdir Allah itu tidak pernah silap. Pasti ada hikmahnya Tuhan
menggerakkan hatimu untuk meminta perpisahan dariku.
Aku tidak akan berhenti mendoakan mu, insan yang telah
membuka mataku luas-luas dalam mengerti cinta Tuhan dalam suka, dalam duka,
dalam pertemuan dan perpisahan. Dalam senyum dan tangisku ada cinta Tuhan ku.
Tapi aku tidak akan pernah berhenti belajar. Ini salah
satu jihadku. Dan kalaupun sehingga habis nyawaku tiada lelaki yang berani
mendatangi aku kerana khuatir jurang taraf antara kami, aku akan tetap ikhlas
dan redha menjalani takdir hidupku. Kerana selamanya aku tahu kasih Tuhan tidak
bertepi.
Biarlah aku terus asyik dengan cinta Khaliq ku. DIa yang
tidak akan pernah membiarkan aku sendiri menjalani takdir hidupku.

5 comments:
Nona, jap lagi kakak buat satu entry khas utk Nona baca.Stay Tuned, k?:)
Heeee~ maluuuuuuuu.. I was just sharing kak. Huhuhu.
Thank you kak Ayu! ;D
setiap yg jd ade hikmahnye..jangan berhenti berharap pade Allah..ingatan untuk diri Nisa juga..:)
Betul. Semoga sama2 tetap istiqomah di jalan Allah.;)
Akak pun pernah mengalami kejadian sebegini tapi tidaklah sampai ke tahap sudah bercinta sakan. Baru saja berkenalan, dia dapat tau akan "jurang" itu & terus dia tarik diri. Akak percaya pada takdirNya. Jika itu suratannya, begitulah.
Post a Comment