Assalamualaikum.
Aku
adalah manusia yang menggemari pengangkutan awam. Salah satu kegemaranku adalah
keretapi Tanah Melayu a.k.a KTM!
Dan
aku juga penggemar koc wanita. Yalah, di situ lah tempatnya wanita-wanita
seperti aku boleh bersantai seenaknya. Boleh duduk dengan melunjurkan kaki yang
letih tanpa perlu risau ada mata yang memerhati dengan pandangan yang
mengerikan. Juga aku rasa, (walaupun setakat ni aku tak pernah nampak lagi)
boleh menjadi tempat ibu-ibu menyusukan anak-anak yang merengek kehausan.
Tapi,
adakalanya ada juga YANG BUKAN WANITA yang masuk ke dalam koc wanita itu
dan tanpa segan silu duduk berhadapan dengan wanita-wanita yang sudah
menunjukkan pandangan yang menjengkelkan.
Kadang-kadang
ada jugak aku tengok dalam kalangan wanita-wanita ini yang dengan rasa
bertanggungjawab ke atas rakan wanita yang lain yang berada di dalam koc wanita
menegur lelaki yang TERmasuk ke dalam koc wanita. Yang ini, aku respect.
Sebab mereka sebenarnya TAKTAHU, jadi adalah tanggungjawab kita yang
tahu ini MEMBERITAHU.
Tapi,
yang aku kesali ada segelintir mereka yang tahu ini memberitahu ini dengan cara
yang mengguris hati. Dengan nada suara yang menjengkelkan seakan adalah satu
kesalahan yang sangat besar masuk ke dalam koc wanita. (Lain cerita kalau yang
dah TERmasuk lepas tuh TERsentuh, TERraba dan TERgesel.
Yang itu silakan ditengking on the spot). Mereka juga manusia seperti wanita,
kan? mereka juga punya hati dan perasaan, kan? Mereka juga tahu malu, kan?
Kesalahan mereka cumalah memasuki koc wanita, bukan mengganggu wanita-wanita
itu. Jadi, tak salah kan kalau ditegur dengan lemah lembut dan berbudi bahasa
(bukan dengan suara manja dan menggoda).
“Encik, maaf ya. Tapi yang
ini koc wanita. Kalau encik nak tukar koc boleh masuk melalui pintu yang ini.”
*senyum*
Tak
susah, kan?
Bukan
dengan cara,
“Tak sedar ke yang ini koc
wanita?” *dengan jelingan tajam yang menusuk kalbu!*
“Hello, hello ini koc
wanita la!” *dengan suara halilintar memecah langit!*
Bayangkan
yang ditegur itu adalah bapa anda, saudara lelaki anda, anak lelaki anda,
tunang anda ataupun suami anda. Rasanya, terguris tak hati anda? Nah, kalau
anda rasa terguris, janganlah buat kat bapa, saudara lelaki, anak lelaki,
tunang ataupun suami orang lain. Selagi boleh berlemah lembut, silakan berlemah
lembut. Layanilah orang lain sepertimana anda hendak orang lain melayani ahli
keluarga anda. ;)
p/s:
Walaubagaimanapun, untuk yang BUKAN WANITA, tolonglah jangan memasuki
koc wanita secara sengaja. Kalau anda termasuk juga, silalah berpindah koc
melalui pintu-pintu perantaraan yang disediakan. Sebagaimana anda ingin ibu,
saudara perempuan, anak perempuan, tunang ataupun isteri anda berasa selesa
ketika menaiki keretapi, seperti itu jugalah orang lain hendakkan ibu, saudara
perempuan, anak perempuan, tunang ataupun isteri mereka berasa selesa. ;)

3 comments:
Waaaa... Kita punyai citarasa yang sama.
Kakya pun sgt suka dengan pengangkutan awam.
You know what Noor, when I was still at work, I drove down from my house to AsiaJaya. Dari situ kakya naik lrt to Pasar Seni. From pasar seni I took a bus no.103 to jalan tun razak.. And the bus stopped bebetul depan my office building.
The beauty here is, I started my journey as early as after subuh. Reached KL before 7 morning. Myyyy! Sometimes I went for stroll di lebih ampang tengok org jual papers, had my teh tarik by the jam besar.
Sometimes I took a bus to KLCC. Stopped opposite the twin tower. Ada box van jual bekfes tepi jalan. While watching the highest floor of twin tower I enjoyed my hot coffee and a piece of bread.
Don't you think life is so beautiful?
Till today, I like train station.
Koc wanita??? Eheh! Sometimes mmg man tersalah masuk. As you said tell them nicely. Afterall diorang pun rasa janggal to be a torn among roses. Hehehehe!
Have a nice stay with nenek ya.. xoxo
mmg betol. sy pon penggemar public tranport since sy mmg x reti nak drive dkt kl. and normal byk jerk laki masuk dkt koc wanita!.,,and rase nye tak salah kite tgor dgn cara mulia. setiap manusia itu kan ade maruah!!.. peace no war
Kakya: Wah! Indeed life is so beautiful to be wasted! Teringin jgk travel macam tuh. Xpyh pegi luar negara, just pick the experiences dlm perjalanan singkat2 macam tuh kan Kak Ya? Sangat mau berjalan sendiri di tempat yg xda org kenal and duduk di meja luar restoran having tea! Bestnya~~~
p/s: Esok da nk ke Kuala Selangor. Wuwuwuwuwu~
zaujah untill jannah : Betul2, xkira la lelaki ka perempuan, kita semua manusia ada hati, ada perasaan, kan? ;)
Post a Comment