Looking
at the bright side selepas putus cinta.
Masa
bercinta, masa berjam-jam dihabiskan dengan bergayut dengan kekasih hati, mesej
tak henti-henti. Semua benda nak mengadu.
Lepas
putus cinta, masa berjam-jam boleh dating dengan Allah, ngadu macam-macam. Nangis-nangis
merambu-rambu pun takpe. Muka hudoh masa nangis tu pun takpe. Lepas putus
cinta, masa berjam-jam boleh gayut dengan mak bapak, hang out dengan
kawan-kawan. Silaturrahim lagi power!
Masa
bercinta, subuh-subuh kena kejutkan orang tercinta bangun subuh sekali. Itupun kalau
call sekali angkat. Kalau tak angkat-angkat?
Lepas
putus cinta, subuh boleh duduk atas sejadah lama-lama. Lepas tu boleh call mak
kat kampung tanya khabar dengan mak masak apa untuk sarapan pagi ni.
Banyak
lagi bright sidenya, sendiri mau tahu la kan? Sekarang hubungan dengan Allah,
dengan mak bapak, keluarga, dengan kawan-kawan terjaga tak? Kalau jawapannya ya, well
done! Allah nak kita jadi budak baik! Yakin je dengan ketentuan Tuhan tau.
Allah tau yang terbaik.
Redha
itu manis!

No comments:
Post a Comment