Kegiatan
hari ini.
Pagi-pagi
lepas subuh aku melingkup balik atas katil. Hari ni aku nak puas-puas tidur. Sebab
pukul 12 nanti kawan-kawan baik ajak ke library. Cari artikel. Dalam jurnal. Pukul
9.30 pagi aku kesip-kesip mata, tapi tetap tak mahu bangun lagi. (nekad untuk
tidur sepuasnya)
10:51
am – Terbangun lagi dan capai handphone. Satu mesej dari kawan baik tanya nak
gerak pukul berapa. Aku balas, kawan baik 2 cakap pukul 12. Aku pun bangkit
menongkat dagu depan laptop. Mamai.
11:00
am – Hari ini nekad untuk tahu kesudahan kisah Elina dan Keri dalam 143 karya Pingu Toha. Baca dengan penuh penghayatan sampai tak sedar masa berlalu setengah jam!
11:30
am – Bermalas-malas, capai tuala dan siap untuk mandi, gosok baju, angkat kain
kat ampaian. Syukur hari ni takde kain kotor nak dicuci. Aman.
12:
49 pm – (janji melayu almaklum) aku dan kawan-kawan baik berempat menonong ke
stesen bas. Syukur ada bas. Buatnya bas takde sebab semua orang dah ke masjid
solat Jumaat tak ke haru biru kehidupan.
3:45
pm – For the record, ini sangat amazing. Aku dan kawan-kawan baik semuanya
menghabiskan masa berjam-jam di library (ke aku sorang je yang tak pernah-pernah
lagi sebelum ni) dan lagi yang sangat amazingnya, cinta aku pada buku dah
kembali serta merta. Bayangkan, aku tak sabar-sabar nak ke corner buku-buku
fiksyen lepas habis cari jurnal. Aku tabik pada diri sendiri (hormat hormat ke kanannnnnnn hormat!). Kali ni, aku
pinjam buku Maaf Dari Sorga karya Faisal Tehrani (dan jurnal untuk assignment).
4:15
pm – Usai solat zuhur, perut yang lapar minta diisi membawa kami ke pasar malam
kolej kediaman. Aku yang teringin makan yongtaufu kecur liur nampak makcik
dengan pakcik yang jual yongtaufu (kecur liur tengok yongtaufu bukan makcik dan
pakcik).
5:00
pm – Sampai rumah aku berdoa sangat-sangat roommate ada sebab aku memang tak
larat nak habiskan yongtaufu ni sensorang. Dan syukur! Roommate aku tengah
duduk depan laptop dengan proposal yang tak siap. Jom makan!
p/s
: Yongtaufu aku banyak telur tau. Kawan-kawan semua cakap aku hantu telur. Takpun
hantu kuning (sekarang tak lagi) ataupun hantu dia. But I’m not his ghost
anymore. I have my own life and I’m happy with that.
*Konklusinya
untuk hari ini, aku tau aku akan sakit perut lagi sebab yongtaufu ini sangat
pedas! Oh no, not again!*

1 comment:
Kau ja tu yang teruja lepak di library. Haha. Tapi best !
Post a Comment