Tuesday, 17 April 2012

I'll be okay. I promise.


Ramai yang taktau. Aku rasa memang tak ramai yang tau. Sebab memang aku tak mampu. Aku tak mampu nak flashback-flashback benda-benda yang menyakitkan hati. Menyakitkan mata. Menyakitkan jiwa. Lagipula, masa lalu itu saat, minit dan jamnya tidak akan dapat diputar dan dikembalikan. Yang aku ada cuma masa sekarang. Masa lalu yang pergi itu biarlah berlalu. Sampai masa, aku akan tiba juga ke masa hadapan yang entah bagaimana layaknya untukkku aku pun taktahu. Insya-Allah. Yang aku tahu, aku cuma perlu hidup sehabis baik. Tak perlu mencaci dan memaki. Tak perlu berdendam segala bagai.

Ini pernah buat aku sakit.

Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.

Tapi sekarang tidak lagi. Melihat kenangan-kenangan terflash di hadapan mata pun aku dah boleh cool. Kalau dulu, air mata akan merintik jatuh dan melebat membasahi pipi. Lencun. Mungkin betul kata kawan baik. Hati aku dah lumpuh, kebas, tak berasa. Kering.

Ya Allah, dugaan-Mu ini sangat berat. Adakala rasa tak tertanggung. Tapi hamba tahu ujian-Mu adalah kafarah dosa-dosa hamba yang lampau. Bantulah hamba Ya Allah. Damaikan hati hamba dengan ketentuan dan ketetapan-Mu.

2 comments:

Karukord Jagau's said...

Luahan rasa,sanubari bergelora :)

Miss SheiLa said...

xyah ingat benda yg lepas.move on is the best way....=D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...