Dear kawan baik, semoga kau suka. Komik ini still in progress. Anggap saja ini hadiah birthday untuk kau. Hadiah yang takde kejutan. Dan semoga kau tau, aku sayang kau! Terimalah kisah tentang Amir.
Ini Amir.
Amir budak pandai.
Tapi
suka conteng meja.
Amir
suka rosakkan harta benda sekolah. Terduduk jatuh atas lantai cikgu Ayu
dibuatnya.
Amir
suka rosakkan telefon awam.
Amir
suka rosakkan kerusi bas sekolah.
Cikgu-cikgu,
kawan-kawan dah tegur.
Mak
dan abah pun dah berbuih mulut.
Tapi
satu hal, Amir sayang barang-barangnya. Amir tak kasi Amirah (adiknya)
menceroboh masuk ke dalam biliknya. (Belum warna lagi sebab tak minat mewarna. Kan dah cakap, fail bab cinta sebab tak
suka mewarna. APAKAH ALASAN?)
Suatu
hari, Amir terlupa kunci pintu bilik sebab Amir lambat ke sekolah.
Bersambung...
Apa
akhirnya? Amir akan insaf dan berubah dengan mudah ke? Apa lagi bencana yang
bakal menimpa Amir? Itu aku kena fikir macamana nak lukis babak-babak
seterusnya.
*idea,
oh idea, di manakah dikau!*
Itu kisah tentang Amir. Ini pula kisah tentang kita. Tentang kau dan aku.
Ingat lagi kisah 8 tahun lalu? Ada budak
perempuan muka masam yang suka ikut kau ke mana saja. Sebab dia tak punya siapa
di sekolah baru itu. Lagipula, dia berat mulut. Dia bukan jenis yang peramah
dan mudah mesra. Tapi kau sambut salam persahabatannya (walaupun mukanya masam
dan cikgu yang jadikan dia temanmu, bukan dia sendiri). Sejak itu, dia selalu
ke dorm mu. Walaupun itu bermakna dia kena pergi ke blok sebelah asrama puteri.
Dia tak kisah. Yang penting, dia jumpa kawan, yang sama-sama tau apa itu erti
rindu dan apa erti jauh dari keluarga tersayang.
Kau telah lihat dia jatuh,
bangun, merangkak, merayap, berjalan dan berlari semula. Kau faham dia. Dan
kerana itu, dia berusaha memahami kau. Dia selalu bertindak sebagai pelindung.
Kerana dia tau, dia kuat (sekurang-kurangnya lebih kuat dan berani dari kau
hehe). Dan kau juga telah lihat dia lemah disebabkan oleh seorang lelaki.
Perempuan ala lelaki yang muka ganas itu telah bertukar menjadi perempuan lemah
lembut yang tak lagi berseluar khaki tebal yang penuh dengan poket. Dia mula
berjinak-jinak dengan handbag. Kau kongsi kegembiraannya.
Dan kini, hatinya
hancur. Juga kerana lelaki. Dan kau juga ada pada saat itu. Saatnya dia
merintih dalam telefon meminta kau tenangkan jiwanya. Kau teman dia berborak
hingga lewat malam melewati kenangan-kenangan indah masa lalu. Sungguh, dia menghargai
setiap saat kehadiranmu. Kerana dia tahu, kau menyayanginya. Sepertimana dia
menyayangimu.
Semoga semua impianmu tercapai. Semoga Allah memeluk hatimu erat-erat. Semoga Allah beri kau
ketenangan jiwa. Semoga kau terus tabah. Semoga kita jadi
muslimah mukminah dan mukhsinah. Semoga Allah permudahkan urusanmu selalu.
Semoga kau tetap tersenyum walau apa pun cabaran yang datang menimpa. Semoga
kau selalu berjaya. Di dunia dan di akhirat. Semoga kau bertemu jodoh yang
sesuai dengan keinginanmu. Atau lebih tepat lagi, semoga Allah jodohkan kau
dengan dia. Semoga mentari terus bersinar dalam duniamu meskipun terkadang awan
mendung dan hujan jatuh menimpa bumi. Semoga pelangi nan indah tidak pernah
terlewat menghiasi duniamu di saat mentari hilang dari pandangan mata (if you
know what I mean HAHA). Semoga harimu baik-baik saja. Semoga kita tetap teguh berjalan meniti tali Allah, bersama meraih jannatullah.
Amiin.
Ikhlas dari hati, terima kasih sahabat. Terima kasih kawan baik.
Selamat menyambut ulang tahun yang ke-23. Semoga kau terus tabah (eh dah cakap tadi) menghadapi
liku-liku hidup yang ada pasang surutnya. Ada onak ranjaunya. Dan jika di suatu
saat nanti kau terluka (na'uzubillah min zalikh) carilah aku. InsyaAllah aku
takkan menghampakanmu sepertimana kau tak pernah menghampakanku. Sungguh, aku
rindu. 8 tahun telah berlalu. Tapi kita masih kekal sebagai sahabat. Hujung minggu kita jumpa kau belanja! HAHAHAHA. Once again, selamat
ulang tahun sahabat!
p/s : Entri
panjang beginikah yang kau cadangkan? Semoga kau baca hingga habis. Kalau tak,
aku cabut bulu mata kau satu-satu. Heh.
No comments:
Post a Comment