Untuk kesekian kalinya, air mata ini jatuh lagi. Kali ini, ia tidak menyakitkan. Kerana hati ini tahu, Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Memahami. Allah itu sentiasa ada.
Andai rasa tidak berdaya, mengadulah pada Allah. Alunkanlah kalimah suci dalam kitabullah. Percayalah, anda akan tenang. Percayalah.
Ya Allah, peluklah hati ini erat-erat agar ia tidak terlepas lagi. Damaikan hati ini dengan ketentuan-Mu Ya Allah.
Ya Allah, peluklah hati ini erat-erat agar ia tidak terlepas lagi. Damaikan hati ini dengan ketentuan-Mu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment