Buat
yang telah melihat jatuh rebahnya aku, kalian akan lihat aku bangun semula
suatu hari nanti. Insya-Allah. (macam biasa, insya-Allah itu 99.9% janji. 0.1%
lagi terpulang pada qada’ dan qadar Allah S.W.T)
Sepatutnya
entri ni aku letak masa awal-awal aku buat blog dulu. Yala, supaya korang tahu
sebab musababnya aku buat blog ni, kan? Sebenarnya boleh je tengok kat profile. Tapi aku yang rajin ni tiba-tiba nak mengkhabarkan sebab keberadaan blog ini di alam maya. Bukan buka pekung di dada tau. Nak canang
ke satu dunia yang aku dah putus cinta. Tidak, tidak sama sekali (kalau korang baca ni mulut kena buat
kumat-kamit no no no sambil kepala geleng-geleng). Sebab musabab wujudnya blog
ini adalah kerana aku nak semua orang yang dah putus cinta tahu yang you’re not alone. (padahalnya aku nak tahu yang am I alone? HAHAHA) Okay cut the crap. Aku
nak korang tengok jatuh bangunnya aku. Aku nak korang yang kecewa sangat-sangat
putus cinta tu bangun sama-sama dengan aku. Aku tau, sakit. Memang sangat sakit. Cukuplah sekali kena. Bersedih memang boleh, tapi jangan sampai
menjejaskan hidup. Rugi, rugi. Kesian kat diri sendiri. Dunia ini terlalu singkat untuk ditangisi kawan.
Akhirat jualah yang kekal abadi.

No comments:
Post a Comment