Lepas
putus cinta, aku pernah bagitahu kan aku dah tak kisah soal pemakaian. Apa yang
dapat ditangkap dengan tangan itulah yang aku pakai. Tidak kira siang, malam,
acara apa sekalipun, hitam, kelabu, biru tua menjadi pilihan. Wajah yang pucat
bertambah keruh, kusam tak bermaya.
Lepas
tu tak lama ada kawan baik cakap,
“Dress
to impress!”
Terima
kasih kawan baik, aku terima nasihat kau. Sekarang aku dress to impress. But not
for any man, I dress to impress myself, I dress to impress ar-Rahman. Kerana segala
perbuatan, dengan niat asasnya kerana Allah, segalanya terasa begitu bermakna.
Kawan
baik, tolong jangan meminta aku untuk kembali kepada asal ku. Kerana engkau
mengenaliku saat aku sedang bercinta dengannya. Aku sekarang adalah aku yang
telah putus cinta. Aku sedang menjadi diri sendiri, seseorang yang sepatutnya
kau kenal. I’m improving to be a better me. Doakan aku, kawan baik.
Untuk
sepupu yang sangat menyayangi aku, jangan kasihani aku. Aku telah berbuat
silap, aku telah membuat keputusan, sekarang Allah sedang menguji aku. Allah
bukan sedang melemahkan aku, Allah sedang menguatkan sepupumu ini.

No comments:
Post a Comment