Kita
kata kita matang, tapi bila nampak ais krim warna pelangi hati mengepam laju
melonjak-lonjak minta dibelikan satu skop tiga puluh sen (kat tempat aku tiga
puluh sen), bila nampak Doraemon main kat TV9 cepat-cepat pegang alat kawalan
jauh sebab takut siapa-siapa akan tukar ke siaran National Geographic TV1, dan
bila ada kawan tak ajak ke taman permainan berbasikal petang-petang kita tarik muncung
panjang-panjang, taknak kawan awak sampai esok!
Kita
kata kita tak marah, tapi dalam hati rasa nak tikam orang dengan sepuluh ribu
tikaman bertubi-tubi dan rasa nak gelek kaki orang biar ligamen-ligamen kat
buku lali itu terputus semuanya.
Kita
kata kita tak benci, tapi dalam hati ‘kau dekat dengan aku satu inci, aku
lari seribu kaki!’ takpun ‘taknak aku pandang muka kau langsung!’. Kadang-kadang
sampai kita tak sanggup nak terserempak dengan orang tu kat mana-mana. Sebab amarah,
benci dan segala macam perasaan lain sebenarnya boleh dilihat dari mata. Sebenarnya,
kita elak bertentang mata. Sebab nanti mata akan bocorkan rahsia, ‘aku benci
kau, kau tau tak??!’. Atau 'aku cinta kau!' (ini interesting)
Kita
kata kita kuat, tapi malam-malam kita cuba yakinkan diri yang kita kuat. Kadang-kadang
sebelum tidur kita menangis puas-puas sebab pagi tadi kita dah puas-puas
sebarkan senyum palsu.
Kita
kata kita ikhlas, tapi bila rindu kita minta rindu dibalas. Bila cinta, kita
minta dibalas. Dan bila cinta tak dibalas, kita buat status macam-macam (kat Facebook, Twitter, YahooMasenger) biar
orang yang menolak cinta kita itu tahu yang kita tujukan status-status
pedas/menyayat hati itu untuk mereka. Biar mereka terasa! Dan bila minta pendapat, kita tak mahu
kita salah. Seboleh-bolehnya pandangan itu haruslah menyebelahi kita. Bila buat
baik kita harapkan orang itu juga buat baik dengan kita selama-lamanya. Walhal dia juga
manusia seperti kita.
Luaran
dan dalaman. Aku kata aku kuat. Aku harap aku kuat. Aku yakinkan diri aku kuat.
Luaran aku memang kuat. Dalaman? Setakat ni aku yakin aku masih kuat. Aku kata
aku ikhlas. Tapi ikhlas itukan tak dapat dilihat dengan mata kasar. Ikhlas itukan
bagai melihat seekor semut hitam yang duduk jauh terperosok di dalam gua yang
kelam. Tambah-tambah lagi kita melihatnya dalam gelap pekat malam dan dengan cermin
mata hitam. Aku tahu aku tak matang. Sebab aku masih bergantung pada ibu dan
bapa. Masih perlu kawan-kawan. Masih membuat keputusan melulu. Tapi, bukankah pengalaman
itu mendewasakan? Dewasa itu matangkah? Matang itu maksudnya hidup sendirikah? Aku
pandai nasihatkan orang. Macamana untuk kuat, macamana untuk terus kuat. Tapi aku
sendiri kadang-kadang tak dapat nak aplikasi apa yang aku cakap. Umat akhir
zaman… Begitulah, kan? Bercakap, tapi tak buat?
Sejujurnya,
aku masih tak tahu indikasi-indikasi sebenar kematangan, kekuatan, keikhlasan
dan lain-lain perasaan (matang, kuat dan ikhlas itu perasaankah?) yang ada di dunia ini. Sebabnya, semua orang punya
pandangan masing-masing yang berbeza-beza. Semua orang layak memilih (ikut selera tekak dan hati
masing-masing).
Aku
harap aku terus kuat. Walau apapun yang bakal aku tempuhi nanti. Aku tahu
kesakitan ini takkan berhenti di sini. Suatu hari nanti aku akan didepani
dengan ujian yang lebih hebat lagi. Yang bakal menggoncang jiwa dan iman. Semoga
bila waktu itu tiba, aku masih kuat. Ya Allah, hamba redha. Bantulah hamba menerima
ketentuan-Mu dengan dada yang lapang dan hati yang tenang.
![]() |
| Luaran dan dalaman itu belum tentu sama |
*Aku
tak marah, aku tak membenci, aku cuma terkilan. Ada perbezaannya di situ. Bab yang ini aku sangat pasti.*


No comments:
Post a Comment