Wednesday, 4 April 2012

Emel UNTUK kawan baik #1#


To: Kawanbaik <kawanbaik@yahoo.com>
Subject: Mending my broken heart

Assalamualaikum..

Cepat je masa masa berlalu, kan? Sedar-sedar Noor Victory yang kau kenal dah pun berubah. Tau-tau je aku dah torn into pieces. Entah macamana aku nak kutip balik satu-satu kepingan hati yang berserakan tu nak dicantumkan jadi hati aku balik aku pun tak tau. Kalau dapat pun, takde rupa hati aku dah kot. Maybe ada lubang kat tengah-tengah. Mungkin herot-berot. Mungkin tak sesempurna dulu. Mungkin dah lain jadinya. Mungkin hodoh. Hehe. Hodoh but strong okay!

Aku tak pernah nyesal couple. (yeke? Padahal sekarang rasa nak sangat kembali ke zaman sekolah lepas tu terima je tawaran UIA takpun tetap dengan prinsip sendiri no boys allowed dulu) dush! Dush! Takdir Noor! Takdir!

Aku jadi bodoh, dieprbodohkan. Sakit sangat-sangat. Kalau aku boleh gambarkan dengan lukisan, dengan tulisan, mesti aku dah gambarkan sungguh-sungguh macamana rasa sakitnya hati ni. *bayangkan aku taip ni sambil merambu-rambu dengan air mata

Mungkin orang lain boleh cakap, Noor, get a move on. Jangan jadi bodoh, jangan jadi lemah sebab sorang lelaki. Kalau dulu, aku pun boleh cakap macam tuh. Dengan nada kondifent tahap tenuk lagi kot. Tapi sekarang, aku dah tak sure kalau aku boleh bagi nasihat macam tu dengan muka selamba badak kepada perempuan-perempuan yang putus cinta pastu masih sangat-sangat setia dengan boifren yang dah curang ribu-ribu kali. Haila cinta, haila sayang, kenapalah korang ni sangat pelik? Jangan jadi bodoh macam aku tau. As if kau akan jadi macam ni jugak, kan? Kau lagi rasional. Tak macam aku yang suka sangat merangka angan-angan. Kau takkan terjebak punya dalam dunia sia-sia macam aku ni. Sia-sia 3 tahun, sia-sia 9 bulan aku mourning over someone yang entah ingat entah tidak kat aku. Bodoh, Noor Victory bodoh!

Malam-malam nangis macam dah takde kerja yang lebih berfaedah kat atas muka bumi ni. Padahal orang tu tengah enjoy gelak sakan dengan sahabat handai dan teman-teman seperjuangan takpun dengan buah hati baru. Orang lain makan KFC, McD, PizzaHut, aku pulak makan hati. Orang makan tambah gemuk, aku makan tambah kurus cekeding! Orang lain makin dah meningkat usia makin kemas, makin cantik, aku pulak dah makin serabai. Kalah hantu Mak Limah balik rumah! Ouh Noor Victory~ come back to me please~

Tapi aku tau. Di sebalik semua ni, Allah sebenarnya sayang kat aku. Allah nak tarik aku keluar supaya aku dekat dengan Allah. Allah taknak aku mati masa aku tengah syok-syok buat maksiat. Allah nak aku hari-hari nangis depan Allah ngadu pasal semua benda instead of ngadu dengan manusia yang entahkan dengar entah tidak apa yang aku duk ngadukan. Allah has put me to this. Allah will help me get through this, kan kan kan? Yakin dengan Allah!

Deep inside, aku masih sayang kat dia. Tak dapat dinafikan, sampai bila-bila pun lutut ni akan bergoyang, hati ni akan berdebar-debar kalau satu hari nanti nama tu tiba-tiba muncul, wajah tu tiba-tiba menjelma depan mata (nauzubillahminzalikh seboleh-bolehnya jangan lah jangan lah jangan lah amiiinn) Pasal yang bab sayang sampai mati ni, tologlah ampunkan kebodohan aku yang entah bila nak sembuh ni.

Sebab sayang tu la aku deactivate Facebook. Hilang dari dunia siber. (kalau hilang dari dunia yang betul ni karang dapat kufur instant pulak kan? Hahahaha) Sekarang kan dunia dah hujung jari. Kau klik nama orang yang kau nak cari tup tup ada depan mata. Facebook, twitter, blog, you name it. Bersepah-sepah! Jadinya, dengan harapan suci dia tak payah nak tension sebab kena block Facebook aku banyak-banyak kali, aku pun mengundur diri dari dunia maya ni (eseseh). Lagipun aku ni tak kuat mana. Kalau aku online mulalah gatal nak skodeng Facebook dia. Lepas tu mula lah lemah seluruh urat saraf bila ternampak macam-macam benda yang merenggut jantung!

Sebab aku sayang, jadi aku nak dia happy selalu dengan orang yang boleh senangkan hati dia. Yakni, bukan aku. Semua orang berhak memilih, kan? Semua orang berhak bahagia. Semua orang berhak dapat yang terbaik. Aku ni bukan siapa-siapa nak halang kebahagiaan orang lain. Aku takde hak. Tapi, janganlah kebahagiaan tu dicapai dengan menyakiti aku. Dia taktau ke yang aku ni manusia macam dia jugak. Ada hati, ada perasaan. Bukan bayang-bayang takde jasad yang boleh dipijak-pijak suka-suka hati.*menaip dengan emonya

Kau doakan aku. Aku taknak jadi pendengki. Aku taknak membenci siapa-siapa kat dunia ni. Aku taknak sangat-sangat jadi pendendam.

Dalam mengubat hati, merawat diri ni, kau doakan aku jadi muslimah mukhsinah. Aku doakan kau pun sama! Aku doakan kau jumpa the right one terus tak payah nak corner-corner jumpa the wrong one pastu terpaksa mend the broken heart sampai the right one datang pun kau tak sedar. Sekarang, aku dah berhenti kot mencari. Aku pun dah tak nak dicari siapa-siapa. Aku kena belajar hidup sendiri. Suatu masa nanti, aku tau, semua orang akan tinggalkan aku. Kecuali Allah, kan? Aku pernah berangan-angan dan pelamin yang aku angankan musnah. Aku dah tak mampu bina lagi satu. Not now, not ever.

Takpe ke aku suruh kau mintak banyak-banyak dari Allah? Takpe ke aku tambahkan list dalam doa kau yang memang dah menggunung tu? Takpe, kan kan kan? Sebab kau sayang aku kan kan kan? Hehe.

Semoga kau selalu happy. Semoga kau terus dalam rahmat Allah. Semoga kau terus terpelihara dalam lembayung kasih Allah. Semoga kau terus sayang aku walaupun kau dah beranak pinak bercucu cicit. Hehehe.

Kenang daku dalam doa mu!

Lots of Love,
Noor Victory



2 comments:

Zaiya said...

sy tau, sy memang baik hati.. tp tiada siapa tau.. (forever alone) :'(

NoorVictory said...

Kau memang baik, personal therapist! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...