Wednesday, 11 April 2012

Emel UNTUK kawan baik #3#


To: Kawanbaik<kawanbaik@yahoo.com>


Wajar sangat-sangat-sangat kau rasa pelik. HAHA. Sebab aku dah buat keputusan paling bodoh dalam hidup. Sebab aku dah buat benda paling bodoh dalam hidup. Sebab aku diperbodohkan exactly on 6th April tersebut. Tapi kau jangan risau, sebab kebodohan itu aku dah reborn. Kira macam Johnny English reborn. Cuma kali ni aku Noor Victory reborn lah. Almost there! Tapi macam aku cakap dalam emel dulu, kebodohan yang tak boleh dimaafkan tu memang tak boleh diubah lagi dah. Memang tangkap cinta sampai mati dah ni. Tapi kali ni, aku mencintai dia dengan sebenar-benar cinta. Wah ayat boleh buat skrip filem juta-juta. Aku dah lepaskan dia dari hati aku. Kalau dah cinta, kena berani lepaskan orang tu pegi dari hati kita, kan? Kalau dia bahagia, aku pun bahagia jugak. Ini bukan kata-kata orang frust okay, ini kata-kata orang yang dah redha. Insya-Allah. Cinta yang sebenar itukan bila kita sanggup lepaskan orang tu pegi supaya dia boleh menggapai bahagia? Kau doakan aku berjaya menggapai cinta yang lebih membahagiakan. Yang lebih abadi. Yang kekal selamanya.

So, happy belated birthday untuk aku on 7th April hari tu! Hey, I’ve got new favourite colour! Cuba teka warna apa?

See you soon!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...