Manusia
itu berbeza. Kalau tak berbeza mana mungkin ada pepatah ‘rambut sama hitam hati
lain-lain’. Itupun tak semua manusia rambutnya hitam. Ada yang kuning, hijau,
merah, biru, coklat.. Tidak hairanlah setiap manusia itu punya akal dan buah
fikiran yang berbeza-beza. Punya rasa dan perasaan yang tak sama dengan manusia
seangkatannya. Ada yang boleh jatuh cinta dengan mudah, dan ada yang sangat
sukar untuk jatuh cinta. Ada yang menangis bila ditinggalkan dan ada yang tak
rasa apapun. Ada yang mudah
memaafkan, ada yang sukar melupakan. Ada yang suka pada ketenangan di kampung-kampung,
dan ada yang selesa dengan hiruk-pikuknya kota.
Begitu
juga halnya dengan terapi jiwa. Lain orang, lain cara menangani masalahnya. Ada
yang keluar bersuka-ria dengan teman-teman, ada yang melancong cari suasana
baru, ada yang sampai tinggalkan tanah air tanah tumpah darah. Untuk aku, aku
selesa menulis (atau menaip) mencurah rasa, gelojak jiwa. Biar kertas yang
menelan pahit manisnya rasa hati, biar kertas (atau Microsoft Word) yang menterjemahkan rasa-rasa
yang membeku di dasar hati. Yang penting, luka di jiwa boleh sembuh.
Buat
teman-teman yang sedang merasai sakitnya disakiti, dikecewakan sama seperti
aku. Hiduplah semahumu, mengikut rentakmu (yang mengikut syariat dan
norma-norma kehidupan seorang muslimah) kerana hanya engkau yang lebih memahami
hatimu, memahami kesedihanmu. In time, Allah will heal you. As long as you
accept all His tests with redha.
I'm not mad. I'm hurt. There's a difference.

2 comments:
Tenang dan sabar dlm mengharungi dugaan hidup.
Dan berikan senyuman manis semanis kurma...biar pun sedikit,tp ada... (^______^)
Setuju! ;)
Post a Comment