Sunday, 29 April 2012

Jangan membenci.


Kawan-kawan, aku membuang segalanya tentang dia bukan kerana aku membencinya. Tapi ingatanku pada dia hanya membuatkan aku bersedih dan sakit hati. Bukan pula kerana dia telah menyakitkan aku. Tapi aku sedang ingin memulakan kehidupan tanpa dia. Bukan kerana aku membencinya, cuma aku takut aku tidak ingin kehilangannya lagi setelah melepaskan dia pergi. Aku takut dia bersembunyi di celah-celah hati yang tak terlihat oleh ku. Oleh itu, aku buang segalanya jauh-jauh agar aku tak dapat melihatnya lagi. Jauh dari mata, harapnya akan jauh jugalah dari hati. Aku berdoa agar aku tidak berniat hendak menyimpannya dalam hati lagi. Bukan kerana aku telah berputus asa, bukan kerana aku telah membenci dia, bukan kerana dia telah mengecewakan aku, tetapi kerana aku akur, sesuatu itu jika bukan milikku memang tidak akan menjadi milik ku. Kerana aku akur jika sesuatu itu bukan ditentukan untuk aku, maka ia tidak akan datang padaku. Aku harus berani melepaskan sesuatu yang belum tentu jadi milikku.

Tetapi kalau sesuatu itu memang telah dituliskan untuk aku, lemparlah ke hujung dunia sekalipun, ia akan kembali seperti boomerang. Dan tenggelamkanlah di lautan terdalam sekalipun, ia tetap akan timbul jua menampakkan diri pada ku.

Aku sedang belajar untuk redha. Dengan menerima ketentuan dan ketetapan Allah, hidup ini terasa sangat mudah.

p/s : Oleh sebab aku tak benci dia, kawan-kawan baik semuanya adalah DILARANG KERAS sama sekali untuk membencinya. Noktah.

5 comments:

SheNn said...

Baik~

Karukord Jagau's said...

Hahaha tgh syahdu2 baca tetiba ada pulak perkataan boommerang tu.....ilang konsen trasi aku baca huhuuu

NoorVictory said...

Good girl! HAHAHA

NoorVictory said...

HAHA. Sekarang mood macam da okey2 jadi perkataan yg xberapa nak betul dah keluar dari kepala hotak..;P

Karukord Jagau's said...

(^_______^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...